Header Ads

"Niat Nak Berbakti Pada Ayah, Namun Kini Dah 7 Tahun Terbeban Dengan Hutang Ayah"




Ok perkenalkan, aku F. Lelaki. Usia 30-an dan dah berkahwin. Seperti tajuk di atas, ya aku telah ‘ter’buat loan beberapa tahun lalu, sejak mula-mula berkerja. Semuanya demi ayahku yang ku sayangi. Ayah merancang untuk berniaga dengan beberapa orang kawan. 

Dan memandangkan aku mendapat kerjaya yang agak stabil, jadi ayah menyuruh aku keluarkan sejumlah modal buat dia. Niat aku untuk berbakti pada ayah, dan aku fikir inilah masanya. 

Aku siap survey tapak berniaga, buat name card apa semua. Loan lulus. Kesilapan terbesar aku yang aku sesali sehingga kini ialah aku menyerahkan SEMUA duit pada ayah bulat-bulat, kerana mempercayai ayah dan kawan-kawannya. Bukan sedikit. BERATUS RIBU. By hand sahaja. Tanpa melihat proposal bussiness mereka atau apa.

Seminggu lepas tu, aku mula rasa tak sedap hati. Sebab bisnes tak jalan pun. Bila ditanya, duit tu HABIS diberi pada kawan yang kemudian lesap! Aduh. Nak gugur jantung aku dibuatnya. 

Bulanan sahaja seribu lebih! Boleh buat duit beli rumah untuk mak ayah aku (mak ayah aku masih hidup berpindah randah menyewa, rumah sendiri takde lagi). Hubungan aku dengan ayah makin renggang selepas tu. Lebih-lebih lagi bila ayah buat tak tahu, macam takde apa yang berlaku. 

Sakitnya aku, sebab aku menanggung hutang tu seorang diri. Yelah, ayah cuma bekerja sebagai jaga. Dengan kos sara hidup di kotaraya, memang mencabar juga. Masa tu masih belum kahwin. Kawa-kawan ayah entah ke mana. Puas aku cuba jejak melalui ayah, tapi bila ayah pun tak beri kerjasama, memang tak berhasil.

Dan kini, sudah hampir 7 tahun aku menanggung hutang tersebut. Tunggu anak-anakku dah habis sekolah baru langsai agaknya. Isteri aku memang aku mahu dia asuh anak-anak di rumah. 

Walaupun dia mampu untuk jadi wanita berkerjaya. Alhamdulillah, pendapatan isteri yang bekerja sambilan pada waktu malam dapat tolong aku sedikit sebanyak untuk cover mana yang lompong.

Kehidupan kami suami isteri memang simple. Isteri sedaya upaya untuk masak setiap hari walau sibuk dengan tugas di rumah dan anak-anak kecil. Lauk yang dimasak kadang bertahan untuk 2 hari. Aku pula lunch maggi di ofis. 

Jika ada rezeki orang belanja makan atau jamuan di ofis, dapatlah aku makan nasi waktu tengahari. Pakaian aku dapat free bila ada event, aku jadikan pakaian bila ke site. Selagi tak lusuh atau koyak rabak, selagi tu kami masih pakai. Anak-anak pun begitu. Alhamdulillah, isteri dapat bersabar dan menerima keadaan aku seadanya walaupun kadangkala dia mengeluh keletihan. 

Kadang-kadang, kami bergaduh juga sebab duit. Dan sehingga kini, macam-macam yang aku dan isteri lakukan secara sambilan asalkan boleh mendapat rezeki yang halal. Seolah-olah kami berkerja 24 jam sehari. Penat memang penat.

Tapi hidup begini bersama isteri dan anak-anak tidaklah aku keluhkan sangat. Cuma yang buat aku sangat terkilan, bila aku lihat keluarga aku membelanjakan duit sewenang-wenangnya. Makanan ayah, mak dan adik aku sahaja mencecah seribu lebih sebulan! Mereka hanya bertiga. 

Pendapatan ayah dan adik aku melebihi gaji aku dan isteri sebulan, tapi mereka sentiasa mengeluh tak cukup. Malah membebankan aku pula yang sedia terbeban. Sampai ayah terpaksa pinjam dengan kawan-kawan. Aku rasa ini semua sebab perancangan kewangan yang tak betul. Minyak untuk ulang alik hantar adik aku ke tempat kerja sahaja RM 700+ sebulan. 

Aku dah cadangkan macam-macam cara alternatif untuk jimatkan pengeluaran duit, tapi ada saja yang tak kena. Suruh naik bas, taknak. Suruh ambil lesen biar boleh memandu sendiri, taknak. Mak ayah aku pun turutkan saja perangai mengada-ngada adik aku. Sampai naik lemak. Umur dh nak menjangkau 30, dah patut jadi mak orang. 

Tapi perangai manja tak bertempat. Dahla kuat melawan kata-kata aku jugak. Dan mak dan ayah juga masih begitu. Hidup makin susah tapi makanan mesti mewah. Aku pun tak faham prinsip begitu.

Akibatnya, aku dan isteri yang makan hati berulam jantung. Ayah memang ada bayar hutang tu tak sampai separuh. Banyak yang mengelak. Bayar kadang tak cukup. Yang jadi mangsa duit isteri. 

Sampai isteri pernah menangis cakap dia tak redha sebab duit tu kalau berhabis untuk mak ayah dia or anak-anak, dia tak kisah. Ni untuk hal yang kami sendiri tak rasa sesen pun. Orang sekeliling pun pandang serong pada kami suami isteri sebab kenapa biarkan mak ayah hidup susah sampai sekarang sedangkan aku bergaji besar (kononnya). 

Isteri pula yang jadi mangsa fitnah konon sejak berkahwin dengan aku, dia yang control semua gaji aku. Sedangkan bila aku dapat gaji atau bonus sikit pun dia tak pernah tanya. Dan keluarga aku seolah-olah mengiyakan kata-kata orang sekeliling yang kami tak pedulikan mereka. Sedangkan kalau susah, kamilah yang dicari. 

Tapi bila kami cuba untuk minta difahami, diperlekehkan saja. Kami masih ada anak-anak yang masih kecil. Sampai sekarang, simpanan untuk anak tak boleh nak buat sebab tak cukup. Kalau ada pun orang beri pada anak-anak, mesti duit tu kami terpaksa dahulukan.

Macam mana caranya supaya aku dapat selesaikan hutang tu tanpa rasa terlalu terbeban. Duit tu memang aku tak guna langsung. Dan cara nak bagi mak ayah dan adik aku faham situasi sekarang ni. 

Duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan duit. Jangan membazir melampaui batas sedangkan hutang ayah masih ada. Jenuh aku dan isteri nasihat tapi macam tak makan saman. Aku taknak sampai hubungan jadi semakin dingin antara isteri dan family aku. Harap dapat komen-komen yang membina.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.