Header Ads

Kejam! Anak Kucing Ditemui Dengan Jahitan DI Mata, Telinga Dan Hidung




Tidak berperikemanusiaan! Sedih apabila melihat keadaan anak kucing yang berusia sebulan yang bernama July ini. Anak kucing ini ditemui oleh seorang pencinta kucing dalam keadaan menyedihkan di satu lorong di Manila.

Anak kucing tersebut telah dijahit pada mata, telinga dan hidung dipercayai dilakukan oleh samseng jalanan di kawasan tersebut. 

Leonora Calambar yang menjumpai kucing tersebut dalam keadaan mata, telinga dan hidung berjahit. Dan ianya amat sukar untuk bergerak, makan dan hilang keseimbangan badan. 

July dipercayai terseksa sedemikian rupa lebih seminggu. Leonora membuat keputusan untuk membawa kucing tersebut pulang ke rumah dan memberi rawatan dengan segera. 

July dilihat menjerit kesakitan apabila Leonora cuba membuang jahitan itu satu persatu. Kata Leonara "“Kasihan kucing ini. Sangat sukar untuk keluarkan semua jahitan. Dia menjerit kerana ia sangat menyakitkan."

“Tapi hanya cara ini yang boleh menyelamatkannya. Siapa yang menganiaya anak kucing ini sangat jahat, mereka perlu di hukum sebelum mengulanginya semula”.

"Nasib baik kami terserempak dengannya di waktu yang tepat, atau tidak, ia tentu sudah mati." tambahnya lagi.






No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.