Header Ads

"Kerjaya Ini Menuntut Banyak Ilmu Dan Kemahiran Yang Tinggi Maka Bersyukurlah"




Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca yang budiman. Pertama, ingin aku kenalkan diri aku sebagai Sarah, mempunyai 3 orang anak, pernah belajar di luar negara dalam bidang kejuruteraan dan bekerja dalam industri minyak dan gas selama beberapa tahun, dan kini, atas beberapa faktor, aku bekerja sebagai seorang suri rumah.

Ya, tidak salah jika aku mengatakan suri rumah itu juga satu kerjaya kerana ia juga menuntut banyak ilmu dan kemahiran yang tinggi. Bagi aku pada awalnya, kerjaya ini terlalu sukar, kerana ia di luar bidang yang aku pelajari selama aku hidup tetapi lama-lama,aku semakin boleh menguasai “kerjaya” yang merupakan rangkuman pelbagai jenis kerjaya ini.

Kerjaya sebagai seorang guru.

Tugas utama seorang suri rumah adalah mengurus rumah tangga dan ini adalah termasuk mendidik anak-anak. Anak-anak aku di rumah meluangkan hampir 100% masanya di rumah bersamaku dan aku dapat lihat mereka mengikut segala percakapan dan perlakuan aku. Aku tidak ada pilihan melainkan menjadi guru yang terbaik buat mereka. 

Seringkali aku mengikuti kelas-kelas perkembangan kanak-kanak supaya aku dapat memahami tumbesaran dan keperluan mereka dan mempelajari teknik-teknik mendidik anak seperti kaedah pembacaan “phonics”, “al-baghdadi”, konsep pembelajaran “montessori”, teknik memberi ransangan terhadap kemahiran motor mereka , dan sebagainya. Boleh tahan sukar untuk aku yang tiada “basic” pendikan kanak-kanak.

Kerjaya sebagai jururawat dan ahli nutrisi.

Apabila umur anak sekitar 2-3 tahun, dan banyak berhubungan dengan orang di luar, mereka sering kali dijangkiti penyakit. Aku tidak gemar memberikan ubat pada anak kecil, jadi aku belajar untuk mengubah cara hidup kami sekeluarga ke arah yang lebih sihat. Tiada langsung “junk food” di rumah, hanya makanan bernutrisi yang aku pelajari dari doktor dan pakar nutrisi di hospital aku berikan pada anak-anak. Alhamdulillah, anak-anak kini sangat jarang sakit dan membesar dengan baik.

Kerjaya sebagai usahawan.

Mungkin kalian juga perasan, kini ramai suri rumah yang terlibat dalam dunia perniagaan. Berdasarkan pemerhatian aku, suri rumah mempunyai kuasa menarik pembeli, mungkin kerana “networking” yang besar. Aku juga belajar-belajar berniaga dari rakan-rakan suri rumah dan Alhamdulillah, kini mempunyai syarikat dan beberapa pekerja. Selain dari bidang perniagaan, ramai juga suri rumah yang menceburi bidang servis seperti mengasuh kanak-kanak, servis mengemas rumah, melipat baju dan sebagainya

Kerjaya sebagai PA.

Antara kerjaya lain yang aku ceburi sebagai suri rumah adalah sebagai PA atau “personal assistant” kepada suamiku. Hampir 90% urusan di luar rumah aku uruskan seperti pembayaran bil, urusan-urusan bank, pos, servis kereta, pemasangan apa-apa sahaja di rumah, pembaikan dan sebagainya. Walaupun aku mungkin tak membantu banyak dari segi kewangan keluarga, aku mampu membeli “masa” buat suamiku dan bagi aku, ia juga sesuatu yang sangat berharga.

Khidmat masyarakat

Hidup aku bukan hanya berkisar tentang aku sekeluarga je. Aku banyak bergaul dengan masyarakat setempat dan mengikuti program-program kemasyarakatan. Mungkin kerana ilmu aku, ramai orang suka merujuk aku bila ada apa-apa masalah dan aku juga akan pelajari sesuatu yang baru dari orang lain. Aku harap tiada lagi kata-kata seperti “Kalau semua benti kerja, nanti siapa nak jadi bla bla bla” Kenapa fikir kerjaya suri rumah ni tak membantu sosioekonomi? Bagi aku pemikiran macam ni terlalu sempit.

Ok. Banyak lagi yang boleh aku ceritakan tapi cukuplah sampai di sini. Tujuan aku menulis bukanlah untuk “up” kerjaya suri rumah ni. Ramai rakan-rakan aku yang berada di bidang professional dan kini menjadi suri rumah seringkali bertanya kepada aku bagaimana aku “handle” menjadi suri rumah kerana ia begitu sukar dengan “workload” yang banyak, kecaman masyarakat dan dipandang rendah, dianggap tidak memberi manfaat kepada masyarakat, sering ditakut-takutkan bagaimana nanti kalau suami tinggalkan kami, dan kerja ini tidak bergaji. 

Nasihat aku, yang pertama haruslah bersyukur. Sama ada kerja di luar atau di dalam rumah, haruslah bersyukur kerana keduanya nikmat Tuhan. Allah swt telah berjanji akan menambah nikmat hambaNya yang bersyukur, yakinlah akan janji Allah swt. Anggap ni adalah peluang yang Tuhan beri, mungkin suatu hari nanti Allah pilih untuk kerja di luar pulak? Jadi, hargailah apa yang Tuhan beri sekarang. 

Keduanya, carilah jalan untuk “add value to your life.” Macam aku, aku belajar berniaga. Ada rakan suri rumah yang belajar menjahit dan kini dah ada kedai sendiri. Ada yang belajar “baking” dan kini jadi “baker” terkenal. Walaupun aku seorang suri rumah, aku juga seorang majikan dan aku suka mengambil pekerja yang berdaya saing dan berfikran kreatif begini. Ketiga, jangan ambil pusing pada benda-benda negatif. It doesn’t worth your time. Seriously.

Ini sahaja dari aku, sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kelamahan aku sendiri. Semoga bermanfaat.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.