Kisah Isteriku Yang Sangat Penakut Sampai Boleh Demam Seminggu Nampak Van Jenazah
Usia perkahwinan aku kini memasuki tahun ke 5, masih belum dikurniakan rezeki zuriat (pernah keguguran). Aku mengenali isteri aku sudah 9tahun ketika kami berlajar di tempat yang sama. Aku tidak tahu macam mana nak cerita mengenai isteri aku tapi aku harap dapat faham.
Aku mempunyai isteri yang sangat penakut, sehingga orang sekeliling dia pun pelik, tapi aku dah biasa sangat perangai isteri aku. Contoh perangai isteri aku, bila dia terdengar ada kematian (rakan fb, adik beradik kawan dia (ha..xde kene mngenakan, selalunya wajah2 yg dia kenal),artis yg dia selalu tgk contoh arwah pak yus..malam tu dia mesti tak leh tidur, so dia akan minta aku berjaga dulu tunggu dia tidur.
Kalau dia terjaga dia akan suruh aku buka lampu bilik then dia akan tidur. Pernah juga beberapa kali isteri aku tidak tidur langsung esok nya siap2 terus pergi kerja. Aku pernah tanya kenapa takut, isteri aku kata tak boleh nak explain apa yang dia rasa.
Dia hanya akan cakap takut. Belum jumpa van jenazah lagi, die punya peluk aku macam tak pernah jumpa aku beberapa tahun. Selalu aku akan alihkan pandangan dia jika aku ternampak dahulu, aku akan tunjuk tempat lain agar dia tak nampak.
Bukan itu sahaja, contoh, kalau pergi bercuti mana2, if tempat tu (kawasan yg gelap) aku kena turun kereta dulu tanpa matikan enjin kereta pergi ambik isteri aku dulu hantar masuk dalam rumah buka semua lampu.
Kalau suruh keluar kereta dulu, memang aku kena berkampung dalam kereta jawabnya. Tiap2 hari lepas jemput balik kerja pun aku kene masuk buka semua lampu baru isteri aku masuk baru aku kunci pintu grill semua (rumah apartment).
Jika check in hotel pula, katil mesti kene pusing rapat ke dinding itu la port dia, kalau kiri aku, kanan mesti dinding, if kanan aku kiri mesti dinding, dan tidur mesti kena tersentuh aku sedikit untuk membukti aku ada. Kerap tidur membelakangi aku kerana die akan rase selamat dan selesa. Setiap kali itu juga lah perkataan maaf akan dia ucap kerana membelakangi aku.
Pernah aku berkampung di rumah mak mertua selama sebulan kerana isteri aku tak nak balik rumah sebab takut. Isteri aku bukan takut duduk rumah tu tapi kerana hanya kami berdua sahaja di rumah dia berasa takut.
Sebaik la rumah mak mertua aku dekat (10 minit perjalanan). Dia akan berasa selamat (tak takut) sebab ramai dalam rumah tu, berkampunglah kami sebulan disitu gara2 isteri cabar diri dia untuk ikut aku dan mak dia pergi menziarahi anak kenalan mertua aku meninggal kemalangan. (isteri aku hanya duduk didalam ditemani adik die, kerata di luar surau dan diluar pagar tanah perkuburan, tak tengok jenazah pun).
Pernah sekali aku sedang tidur (pukul 1pagi), tiba2 isteri aku kejutkan aku ajak balik rumah mak dia, aku dah agak kenapa, tapi aku hanya diamkan sahaja dan terus bersiap, jika aku tanya dia “kenapa?”, dia akan jadi lebih takut kerana dia sedang berlagak “cool” depan aku kerana pernah sekali aku tanya kenapa dia terus menangis dan takut yg amat2 sangat seolah2 ada hantu depan dia.
Dia pernah cakap jangan tanya “kenapa” sbb bila dia kena bercerita dia akan takut tapi bila sampai di rumah mak mertua,bila aku tanya “kenapa” dia akan bercerita dan dia tak berasa takut sebab ramai orang. Seperti biasa aku ikutkan sebab aku tak nak dia tak tidur sepanjang malam.
Sampai dirumah mak mertua aku (kunci kami ada), sedang dia sibuk mengemas tempat tidur kami, aku check handphone isteri aku tengok ada orang (group) hantar pic pocong dengan ucapan selamat malam terus aku settingkan whatsapp isteri aku tukar bukan auto download. Sejak itu isteri aku akan tanya aku dahulu pic apa yg dorang hantar dalam group (kebanyakan group kami sama kecuali group kawan kerja). Jika, aku tak ada bersama isteri aku, aku akan terus call dia kata delete terus pic tu. (even kabur kita leh Nampak jugak kan).
Baru2 ni sahaja aku tengok isteri aku berani sedikit, die boleh duduk sorang2 dirumah, jika sebelum ni aku akan hantar isteri ke rumah mak mertua setiap kali isteri MC dan aku terus ke tempat kerja atau isteri hantar aku ke tempat kerja then terus ke rumah mak dia, sengah jam sebelum aku habis waktu kerja dia datang menjemput.
Tapi jika ada benda yang buat dia takut (dengar kematian, iklan cerita hantu seram melampau selalu nya pocong, main fb tibe2 terlalu pic hantu atau orang hantar pic hantu atau orang mati kemalangan di group whatsapp) boleh mengugurkan keberanian dia sikit demi sedikit.
Isteri aku pernah ajak aku pergi berubat, dia kata macam mana nanti jika ahli keluarga kami meninggal? Mak mertua aku pernah berseloroh mengatakan yg isteri aku akan lari ke Luar Negara jika dia meninggal heheheheh..isteri aku belum pernah kehilangan ahli keluarga.
Sepanjang hidup dia hanya pernah tengok jenazah 2kali (atok sedara, kawan kolej kami (die pergi juga selepas kawan dia kata takkan kau tak nak ziarah,itu sebab dia tiada pilihan, duduk luar ade van jenazah, kawan2 semua nak tengok jenazah, berpimpim tanganlah dia terpaksa ikut,time ni belum kahwin, tidur malam dengan mak dia lepas tu sebab takut,) dan lepas tu dia akan demam seminggu paling tidak.
Aku tak tahu mana tempat yang sesuai untuk berubat, aku tak nak orang kata isteri aku paranoid, sebab aku tahu keadaan ketakutan isteri aku bagaimana. Mak mertua pernah cerita yang dari kecil isteri aku ni memang penakut, tidur bertemankan lampu bilik bila menganjak dewasa baru pakai lampu tidur. Mungkinkah isteri aku seorang yang lemah semangat.
Post a Comment