Header Ads

London Diserang: 5 Maut Termasuk Polis, 40 Lagi Cedera




Lima orang sudah disahkan maut manakala 40 lagi cedera di London selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki dan penyerang menikam seorang anggota polis yang sedang berada dekat dengan bangunan Parlimen Britain.

Memetik laporan BBC, angka kematian itu adalah termasuk suspek itu sendiri serta polis tersebut. 

Tiga lagi mangsa merupakan tiga pelajar sekolah warga Perancis yang dilaporkan cedera akibat dirempuh kereta berkenaan di Jambatan Westminster sebelum melanggar susur penghadang di luar bangunan Parlimen.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh salah sebuah akhbar tempatan Le Telegramme, pelajar terbabit berusia dalam lingkungan 15 hingga 16 tahun dari Concarneau Lycee, Brittany yang terletak di selatan Perancis.

Perdana Menteri Theresa May mengutuk serangan itu dan menyifatkannya sebagai 'memualkan dan keji'.


Memetik laporan Bernama, tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dan terjejas dalam insiden serangan di luar bangunan Parlimen Britain yang mengakibatkan kira-kira 10 cedera termasuk anggota polis.

Dalam satu kenyataan media, jurucakap Wisma Putra memberitahu pihaknya akan terus memantau situasi berkenaan dan memaklumkan segala perkembangan terkini jika ada.

Media asing melaporkan, seorang anggota polis ditikam, penyerang ditembak dan beberapa orang awam cedera dalam insiden yang dilabel sebagai serangan pengganas.

Perdana Menteri Britain, Theresa May yang sedang bersidang di bangunan Parlimen tersebut, dilaporkan selamat. 


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.