Header Ads

"Mahukah Ibu Bapa Kandung Berjumpa Dengan Aku?" Luahan Kisah Anak Angkat Ingin Berjumpa Dengan Ibu Bapa Kandung




Saya ialah seorang anak angkat kepada sebuah keluarga yang kecil . Kami hanya bertiga sahaja . Ummi , abah dan aku . Aku ditatang seumpama minyak yang penuh. Dimanja , diberi kasih sayang secukupnya. Tetapi , sejak kecil , aku tidak pernah diberitahu hal ini . Apa yang aku ketahui ialah aku anak tunggal kepada mereka . Itu sahaja.

Sewaktu dibangku sekolah rendah, aku dikejutkan dengan pertanyaan seorang guru agamaku , tentang sijil kelahiranku . Yang lain daripada yang lain. Sejujurnya , aku sekali pun tidak pernah melihat sijil kelahiranku. Apabila ada urusan di sekolah yang meminta aku menyerahkan salinan sijil kelahiran, abah akan meletakkanya dalam sampul surat besar , dan tidak membenarkan aku membukanya .

Selepas disoal guru agamaku , aku menelaah sijil kelahiranku buat pertama kalinya . Allahu akhbar !, sedihnya aku , kecewanya aku , dan kawan kawan mula pandang serong pada aku . Hanya kerana aku anak angkat.

Sewaktu aku pulang ke rumah , aku berasa sangat marah dan menganggap ummi dan abah ku sengaja untuk merahsiakan hal ini sedangkan aku berhak tahu. Aku begitu marah , sehingga kedua dua mereka menangis melihat keadaan ku. Namun begitu , apa yang lebih menyakitkan ialah , melihat mereka berdua menangis kerana aku. Bukannya kerana hakikat yang menyakitkan itu .

Langsung aku minta maaf , dan sekali pun tidak menanyakan asal usulku kepada mereka. Walaupun kalbuku penuh dengan tanda tanya .

Setelah aku melangkah ke alam remaja , ummi dan abah memberitahu aku hal yang sebenar . Kenyataan yang terlalu dinantikan oleh kalbu ku . Ummi dan abah berkahwin selama 5tahun dan tidak dikurniakan cahaya mata . Pada masa itu juga , seorang wanita yang menyewa di taman yang sama dengan ummi dan abah , memberitahu mereka bahawa dia ingin menggugurkan anak dalam kandungannya . 

Ummi dan abah merasakan seperti ada yang tidak kena dengan keputusannya . Jadi ummi dan abah membuat keputusan untuk membiayai semua bil hospital sewaktu melahirkan aku di sebuah hospital pakar , dan juga membuat keputusan untuk menjaga , membesarkan , dan mengambil aku sebagai anak angkat . Selepas itu , ummi dan abah membawa aku berpindah jauh dari situ .

Setelah mendengar cerita mereka , tidak ada kata yang mampu aku ucap untuk menunjukkan gratitude ku terhadap mereka . Rasa terima kasih ku terhadap mereka . Allahu akhbar , Allah yang maha esa , yang maha penyayang , telah memberi aku sebuah keluarga yang bahagia .

Sejak hari itu , aku belajar bersungguh sungguh dan langsung tidak mengungkit hal itu lagi . Alhamdulillah keputusan PT3 dan SPM aku telah membanggakan ummi dan abah ku . Hanya itu cara untuk membalas jasa mereka. Aku akan terus berusaha supaya ummi dan abah mendapat kesenangan seperti mana diimpikan apabila aku sudah mempunyai kareer , dan bekerja .

Setiap kali lepas solat , pasti aku titipkan pada Allah keinginan aku untuk berjumpa dengan kedua ibu bapa kandungku . Aku ingin bertemu mereka. Dan aku ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang untuk aku hidup walaupun tidak bersama mereka . 

Ummi dan abah adalah anugerah paling besar dan tidak ternilai allah beri pada aku . Namun , masihkah ada masa untuk aku berjumpa ibu bapa kandungku ? Ataupun, mahukah mereka berjumpa dengan aku ? Sudikah ayah kandungku mewalikan aku? aku percaya semua ini ada hikmah . Aku hanya mampu merancang , allah yang menentukan .


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.