Header Ads

Nasihat Anak Kepada Ibu Bapa




Tahniah kepada adik2 yang memperoleh result SPM baru2 ni. Result ok tak? Kalau tak ok, tolong jangan rasa down ke kecewa ke. Yang penting adik2 dah berusaha sebaik mungkin dan cuba motivate kan diri adik2 untuk buat yang lebih baik pada masa akan datang (di kolej atau universiti).

Saya perempuan, belum berkahwin, middle 20s dan sudah bekerja. Mungkin ada yang berpendapat saya ni tak layak untuk beri nasihat parenting. Saya mohon maaf sebab saya tetap hendak menasihati ibu bapa yang terlalu “mengawal” masa depan anak2 dia.

Pernahkah anda mempunyai kawan yang sangat pandai waktu sekolah tapi menjadi tercorot di universiti? Atau pernahkah anda mempunyai kawan yang art or sport talented waktu sekolah tapi bakatnya itu disia2kan? Dua2 kisah ini adalah kisah kawan saya yang tidak kesampaian mengejar cita2.

Kisah 1.

Saya namakan kawan saya ni Laila. Laila seorang yang sangat pandai waktu zaman sekolah. Dia selalu mendapat tempat 1 @ 2 setiap tahun. PMR straight A’s. Selepas PMR, Laila decided untuk masuk Form 4 with major in Prinsip akaun. 

Dia memang sangat minat Maths. Before result PMR keluar lagi dia dah start study Prinsip Akaun. Malangnya, ibu bapa Laila kurang setuju dengan pilihan Laila. Mereka mahukan Laila masuk Form 4 with Pure Science. Laila setuju asalkan dia dibenarkan mengambil additional subject which is Prinsip Akaun. 

Ibu bapa Laila pun setuju dengan syarat Laila. SPM pun menjelma, dan Laila did very well in every subject! Straight A1’s for every subject! Laila decided untuk pursue CAT. And again, ibu bapa Laila suruh Laila pursue dalam foundation. Laila akur lagi. Laila sambung study kat Pusat Asasi Sains. And again, Laila score well! 4 flat! Laila masih memendam minat utk sambung degree dalam accounting. 

Ibu bapa Laila pula suruh Laila sambung study dalam medic. Kali ini, Laila sangat sedih. Laila tiada hak menentukan hidupnya. Laila pun meneruskan pembelajarannya dalam medic seperti yang diarah oleh ibu bapanya. 

Mungkin masa ini Laila dah fed up. Laila failed medic program. Saya bertanya pada Laila kerana saya tidak menyangka dia akan failed. Tapi Laila dengan bangganya bagitahu yang dia kerap ponteng kelas, tidak perform well, tak buat assignment, tidur dalam lecturer hall. “Biar parents aku rasa. Nak sangat suruh aku jadi doktor,”itulah kata2 Laila yang seakan2 kecewa dengan ibu bapanya.

Kisah 2.

Untuk kisah ini saya namakan kawan saya Ain. Ain dilahirkan dengan bakat sukan olahraga. Tiap2 tahun dia menjadi juara merentas desa, 100m, 200m larian. Bakat yang dia ada menjadikan dia terpilih mewakili daerah dan negeri. Walaubagaimanapun, Ain agak lemah dalam akademik. 

Saya berkawan dengan Ain sejak sekolah rendah dan saya akui Ain memang susah nak score well dalam exam. Dia rajin mengulangi kaji pelajaran tapi dia susah nak absorb. Masuk sekolah menengah saya nampak dia sangat passionate dengan sukan. Tiap2 petang dia datang latihan sukan. 

Sebelah malam dia pergi tuisyen. Pernah sekali ayah dia datang sekolah menghalang cikgu2 dari membawa Ain dari mewakili negeri. Alasannya, kem latihan makan masa 2,3 hari dan dia tak nak Ain tercicir dalam pelajaran. Cikgu2 terpaksa akur dengan permintaan ayah Ain. Ain kecewa kerana dia tidak dapat lakukan benda yang dia minati. Tahun berikutnya, Ain tidak dibenarkan menyertai sebarang tournament. 

Ayahnya menulis surat ‘black n white’ menghalang guru2 membawa Ain menyertai apa2 pertandingan luar dari sekolah. Walaupun hakikat ayah Ain buat semua tu untuk memastikan Ain menyerlah dalam akademik, Ain masih tidak mampu score good result untuk akademik. Kini ain hanya bekerja kilang sebagai operater pengeluaran dan sering menyalahkan ayahnya akan kehidupannya sekarang.

Sejujurnya saya melihat disekeliling saya masih terdapat ibu bapa yang lebih suka menentukan kehidupan anak2 mereka. Tidak salah guide anak2, tapi berikan la kelonggaran kepada anak2 utk mengejar cita2 mereka sendiri. 

Jika ibu bapa seorang doktor, tidak semestinya anak anda turut berminat jadi doktor. Mungkin anak anda tidak bagus dalam akademik, tapi mungkin sangat kreatif dalam bidang seni. Support la minat anak2 anda.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.