Header Ads

"Wahai Riders Wanita Sekalian Berhati-Hati La Bawa Motor"




Aku ni baru mula kerja di sebuah syarikat swasta awal tahun hari tu. Sebagai graduan degree yang masih baru nak mulakan kerjaya sudah pasti kenderaan tu pun pakai mana yang ada saja. Disebabkan tempat kerja aku tu tiada public transports lalu (etc: train, bas) sebab jalan kawasan dalam. Makanya aku gunakan motosikal tu sebagai teman aku mencari rezeki.

Jarak perjalanan dari rumah aku ke tempat kerja memakan masa hampir 20 minit di atas jalan raya. Anda semua sedia maklum Lembah Klang dan jem tak boleh dipisahkan. Aku pun turut menjadi warga menghadap jem. Tetapi berbeza situasi. 

OK, kita ni naik motor mesti akan ada jalan kecik tengah antara kereta dan kereta kan? haa situ la tempat paling gerun bagi aku. Sebagai rider perempuan, ini la masalah aku kalau tengah nak pergi kerja. Seram. waktu tu kau tak boleh perlahan sangat tak boleh laju sangat. Kenapa aku bagi tahu macam tu?

Ok, misalnya kalau kau laju sangat, bahaya. Sebab kadang-kadang akan ada kereta dari hadapan akan menukar lane dari kanan ke kiri, atau sebaliknya (kena selalu bersedia). Tapi kalau kau perlahan sangat, rider belakang akan hon. Itu la selalu yang aku hadapi. 

Ada satu hari tu, aku malas nak bawa laju-laju, jadi kalau aku nampak ada rider dekat belakang, aku ketepi sikit dan bagi laluan dekat rider tu, dan dia lalu sambil buat isyarat thumb up. Orang berbudi kita berbahasa ye dak. Aku anggap tu sebagai tanda terima kasih dia sebab bagi laluan. Jadi untuk kaum hawa di luar sana hati-hati tau masa lalu laluan seram ni.

Lepas tu, bila sebut pasal riders, mestilah hampir sebahagiannya adalah lelaki. Kadang-kadang boleh tengok berapa kerat je perempuan naik motor. Aku ni pula, bila nampak rider perempuan yang lain aku akan rasa lebih semangat dan aku akan rasa eh ada kawan. fuh legaaa. Macam kau rasa dah lama kenal kawan tu. Ha macam tu la perasaan aku bila nampak rider perempuan dekat atas jalan. Walaupun sebenarnya kau tak kenal pun siapa dia.

Bila jadi rider ni kita akan risau kalau hujan. Bukan marah dekat hujan tau (hujan tu rahmat). Tapi aku risau sebab akan basah, macam mana nak pergi kerja, jalan licin. Semua tu sebenarnya masalah yang aku selalu takutkan. Kalau hujan, mesti la kena pakai baju hujan. Tapi still akan basah juga kan. 

Ada satu hari tu hujan lebat sangat, aku kentalkan juga hati ni redah. kalau dulu waktu belajar boleh juga ponteng-ponteng, (jangan ikut perangai ni hehe), tapi bila dah start alam kerja mana boleh dah nak ponteng. Riders lain ramai yang berhenti bawah jambatan, tapi bila aku tengok ramainya lelaki yang berteduh aku batalkan niat nak berhenti dekat situ (sebab segan). Sudahnya aku basah kuyup.

Pokok pangkalnya, wahai riders wanita sekalian berhati-hati la bawa motor. Biar la apa orang nak cakap yang penting kita tahu niat kita. Dan kalau boleh pakai mask untuk elak dari habuk dan segala bendasing yang tak diingini. 

Disebalik semua kerisauan ni, ada satu yang aku selalu tetapkan dalam hati walau ke mana kau pergi, walau apa yang kau buat ingat Allah sentiasa ada dengan kita. Sentiasa lihat kita, sentiasa lindungi kita. Berdoa banyak-banyak supaya segala apa yang kita buat di permudahkan. 

Nak dapat pahala lebih, masa kau bawak motor dalam hati jangan lupa zikir dan selawat banyak-banyak. Aku doakan para riders semua sentiasa selamat dipermudahkan diatas jalanraya


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.