Header Ads

#NasiLemakPondan Kini Jadi Viral Tapi Netizen Berbalah Mengenai Halal Dan Haram




Kecoh di laman sosial dengan beberapa keping gambar menunjukkan seorang wanita berniaga gerai nasi lemak di Permaisuri, Cheras.

Yang menjadi bualan kerana tuan empunya badan bukanlah wanita tulen atau masyarakat sinonim dengan panggilan pondan atau maknyah. 

Lengkap berpakaian dengan solekan tebal, memang persis wanita si empunya badan yang berniaga nasi lemak ini. Amboi, cantik dan manis rupanya. 

Jika beginilah, memang tidak lama lagi nasi lemak anak dara yang menjadi viral sedikit masa dahulu bakal dicantasnya. Malah melalui laman sosial netizen juga memuji masakan di gerai ini boleh tahan sedapnya. 

Selain itu, berdasarkan komen yang didapati di laman sosial, individu yang berniaga ini dikenali dengan nama Jie. Di samping jualan nasi lemak, kelihatan juga beberapa jenis kuih muih yang turut dijual di situ.

Namun, seperti biasa respon para netizenlah yang dilihat menyemarakkan lagi suasana. Ada di kalangan mereka yang memuji dan memberikan sokongan kerana menjalankan perniagaan yang halal. 

"Apa lah salah dia, dia nak cari rezeki halal, daripada jual badan, eloklah berniaga begini."

Pun begitu, 'tauke' gerai ini turut menerima kecaman tanpa henti daripada netizen yang mengutuk penampilan serta imej songsang yang dipamerkan. 

Apa pun, sentiasa ingat jika mahu memberi nasihat atau teguran, janganlah sehingga mengeluarkan kata-kata kasar. Mungkin yang menjualnya perwatakan sedemikian, namun siapalah kita untuk menghukumnya.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.