Pemilik Kedai Buat Laporan Polis Kes Pukul Kerana Makan Tak Bayar Untuk Elak Difitnah
Pemilik kedai makan di medan selera Taman Samudera telah tampil membuat laporan polis berkaitan satu video yang viral sejak semalam.
Memetik laporan Harian Metro, video berkenaan merakamkan aksi tiga individu memukul seorang lelaki dengan kayu. Pemilik kedai tersebut mengesahkan kejadian tersebut berlaku di depan premisnya.
Tujuan pemilik kedai tersebut membuat laporan polis kira-kira 11 malam tadi untuk mengelak fitnah.
Ketika kejadian, lelaki berkenaan didakwa tidak membayar makanan yang dibungkus sejak dua bulan lalu. Adik perempuan pemilik kedai bertanya mengenai perkara tersebut kepada lelaki berkenaan jika dia sudah membayar hutang sebelum ini.
Lelaki itu kemudian dikatakan memarahi perempuan tersebut dan tiga lelaki masuk campur dan terus memukul mangsa.
Video itu menjadi viral dan mendapat kecaman dari netizen kerana tidak berpuas hati dengan tindakan memukul yang disifatkan sebagai melampau.
Post a Comment