Header Ads

Niat Nak Pergi Interview, Tetapi Kena Cabul Pula




Sangat memalukan! Seorang pemilik kedai gambar di Gong Badak, Kuala Nerus dilaporkan mengambil kesempatan mencabul seorang gadis ketika sesi temuduga di premisnya. 

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian awal tahun lalu membawa kepada hukuman penjara tiga tahun dan empat bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam. 

Tertuduh, Hatif kazimi Ngah, 30 didapati bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. 

Mangsa dipercayai dicabul di dalam sebuah bilik yang dijadikan studio rakaman gambar, kononnya menguji kepakaran mangsa dalam fotografi. 

Ketika kejadian, hanya mereka berdua dalam bilik berkenaan sebelum suspek dikatakan mencabul mangsa.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.