Header Ads

Penumpang Jujur, KTMB Terima Surat Serta Bayaran Tambang Tiket Tahun 2001





Masih ingat lagi kisah individu terjumpa sejumlah wang berserta bil air (SAJ), lalu tolong membayarnya? Kali ini kisahnya agak sama tetapi tidak serupa.

Semalam merupakan hari yang agak luar biasa bagi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) apabila menerima sepucuk surat berserta nota dan wang.

Mungkin kali pertama dalam sejarah KTMB menerima surat memohon maaf daripada seorang individu yang mahu membayar 'hutang' tambangnya pada tahun 2001.



KTMB semalam memuat naik gambar surat berkenaan berserta wang RM5. Menerusi surat berkenaan, kejadian berlaku apabila individu terbabit bersama seorang rakan menaiki komuter tetapi tidak turun di perhentian sepatutnya.

"Saya pernah menaiki komuter pada tahun 2001 di Stesen Bangi ke Bank Negara tetapi turun di Stesen Putra tanpa membayar tiket tambahan (RM1 di antara Bank Negara ke Putra).

"Jadi di sini saya sertakan RM2 sebagai ganti," tulisnya.

Difahamkan, individu berkenaan menyedekahkan baki RM3 kepada sesiapa yang dapat membantunya menyampaikan amanah tersebut.

Menerusi tweet KTMB itu, pihaknya turut berterima kasih kepada individu berkenaan yang disifatkan sebagai seorang yang jujur.

"Hari ini kami terima surat bersama dengan wang RM5 untuk bayaran tambang tiket Komuter tahun 2001. Terima kasih banyak-banyak. #jujur," tulisnya.

Rata-rata netizen menyatakan rasa kagum mereka terhadap sikap jujur individu terbabit.

"Hormat orang berhati mulia dan jujur seperti ini," tulis netizen.

Bukan selalu kita jumpa dengan orang yang bersikap jujur, jadi memang seharusnya dihormati orang sebegini. Cepat-cepatlah langsaikan hutang anda sekiranya anda masih berhutang pada seseorang.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.