Header Ads

"Saya Stress Bila Mak Dan Ayah Saya Selalu Maki Dan Tengking Dengan Kata-Kata Kesat"




Saya kenalkan diri saya, nama saya Noni, berusia 23 tahun. Saya seorang anak tunggal kepada pasangan yang sudah sangat berusia.

Ayah saya berumur 66 tahun dan mak saya berumur 60 tahun.

Alhamdulillah ibu bapa saya memberikan saya pendidikan yang tinggi sehingga tamat pelajaran di peringkat menara gading. Tapi saya rasa begitu tertekan hidup dalam keluarga saya kerana sejak dari saya sekolah sampai sekarang ibu bapa saya kuat bergaduh. Mereka sering berbalah antara satu sama lain.

Saya ingatkan setelah usia mereka meningkat perangai akan masing2 berubah , tapi masih sama. Mak saya sekarang sering mengeluarkan kata2 kesat x kira la kepada siapa yang xkene perangainya dimata dia. 

Saya dah kene macam2 dah, tapi saya masih boleh bersabar cuma saya malu. Adik adik mak saya selalu mengadu kepada saya mengenai perangai mak saya yang tak boleh bersabar dan mengeluarkan kata2 kesat , bukan seorang malah ramai termasuk jiran saya turut mengatakan hal yang sama. Saya malu…

Ayah saya pula lain perangainya, kalau silap Tanya je mak saya jadi mangsa tenkingan dan jerkahan dia. Kadang2 benda tu terlalu remeh untuk kene marah. Bila mak saya mintak duit untuk belanja ayah salu cakap xada, kadang2 sampai mak kata dia rasa macam peminta sedekah. Saya pun jarang dapat duit daripada ayah.

Setiap hari yang saya dengarkan dirumah ini hanyalah makian , tengkingan dan segala macam yang bersifat negative sampai saya rasa stress. Even kucing pun kene marah.

Bila saya dengar tengkingan je saya jadi meruap dan panas. Saya nak jugak hidup dalam keluarga bahagia ade mak ayah yang boleh dibawa bergurau bukan hanya caci maki. Saya harap pembaca dapat mendoakan kebahagian keluarga saya dan mak ayah saya berubah ke arah kebaikan.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.