Header Ads

"SPM Bukan Penentu Segalanya, Jangan Pernah Putus Asa" Pesanan Ustazah Ini Jadi Inspirasi Gadis Ini Untuk Berjaya




Izinkan saya share kisah saya. Saya dulu pun tidaklah sepandai dan cemerlang seperti yang disangka. Target hanya tinggal target. Bila result SPM sebenar keluar, rasa tak boleh nak terima.

Depan kawan-kawan saya diketawakan. Ketika itu, saya duduk sebaris dengan rakan-rakan yang bijak pandai. Melihat guru mata pelajaran yang saya paling lemah menghampiri kami, saya rasa lemah lutut. Dari jauh dia geleng kepala ke saya. Saya lagilah cuak. Telan liur berkali-kali.

“Teruk! Awak ni layak kahwin je lepas ni” semburnya. Saya yang tak tahu apa-apa terus rasa down. Rasa nak menangis. Ketika itu keputusan penuh belum diumum.

Saya pandang sebelah. Mereka yang bijak pandai cuma memandang sepi ke arah saya. Saya malu. Saya tidak pandai seperti mereka. Tiba giliran keputusan diumumkan. Sekali lagi saya malu. Tiada nama saya dipanggil ke atas pentas. Tiada nama saya dilaung gah di dalam dewan. Tiada gambar saya walaupin sekeping di dalam kamera milik guru saya.

Perlahan-lahan saya jalan ke belakang dewan. Guru yang paling rapat dengan saya, ustazah Humaira mendekati. Dipeluk erat tubuh saya dalam dakapannya. Diulit dengan kata-kata semangat yabg sehingga kini masih berada kukuh di ingatan.

“Result SPM bukan penentu segalanya. Jangan pernah berputus asa dengan Allah. DIA cuma menguji sejauh mana keredhaan awak”

Saya senyum dalam sebak. Beberapa orang guru menghampiri. Rata-rata melemahkan semangat lagi. Ada yang melontarkan kata-kata yabg sehingga kini masih terngiang-ngiang.

“Result macam ni susah sikit nak berjaya. Masuk U pun tak lepas”

Dum! Saya terus terpaku. Sebut pasal U, dalam keluarga saya merupakan satu-satunya harapan untuk melangkahkan kaki di menara gading. Tapi…saya risau harapan tinggal harapan.

Ustazah Humaira mebgusap belakang saya dan berkata “4A+ 1A- 2B 2C+ dan 1E sudah cukup membanggakan ustazah. Tahniah!” Ustazah sebut satu persatu.

Usai itu, saya pulang ke rumah. Saya diam dan tidak beritahu keluarga tentang keputusan. Namun naluri ibu mengetahui segalanya. Ibu diam tidak bertanya tapi ibu tahu saya bersedih. Ambil masa 3 hari untuk saya pulih seperti sediakala.

Bulan demi bulan. Permohonan ke universiti sudahpun dihantar. Di saat keputusan universiti keluar, sayalah orang yang tak tidur malam. Tak lena dibuatnya. Terbayang-bayang Uitm, Uum dan Utm. Tetapi..

Harapan saya musnah. Semua impian lenyap. Saya seakan-akan tidak percaya dengan semuanya. Ibu pujuk saya agar bersabar. Tunggu keputusan politeknik. Saya suarakan kepada ibu, saya tidak berminat dengan politeknik. Tiada masa depan, banyak graduan poli yabg tidak dapat sambung degree(Fikiran masa itu) tapi ibu dengan tenang berkata

“Jika takdir kakak belajar setakat diploma, takkan kakak mahu menolaknya”

Saya diam. Turutkan jua permintaan ibu. Pertama kali melangkah kaki ke poli, tanggapan buruk tercetus. Sememangnya poli bukan pilihan saya. Minggu pertama di sana, saya sudah fed up. Terasa ingin berhenti. Tetapi ibu pujuk jua. Ibu katakan pada saya yang belajar di mana-mana sama sahaja.

Saya teruskan belajar jua. Setiap kali cuti sem, masa banyak saya habiskan di rumah. Ada suatu hari, saya terserempak dengan bekas cikgu semasa SPM.

“Belajar mana sekarang?” Soalan dia sekadar berbasa basi.

Saya senyum. Tahu apa reaksinya jika saya katakan saya belajar di mana.

“Poli je cikgu”

Mukanya jelas jelek. “Kenapa poli? Tak boleh pergi jauh nanti”

Saya senyum walaupun hati terasa ditoreh. Saya pamit ke kedai. Malas mahu menjawab pertanyaannya. Luka hati. Dua orang rakan saya belaja di matrikulasi. Seorang lagi bekerja. Saya sering berasa rendah diri ketika bersama mereka.

Dipendekkan cerita, tiba hari kami berkumpul satu kelas untuk ke sekolah dan mengambil sijil SPM. Hari itu, saya sudah rasa tidak sedal hati. Akankan peristiwa lama berulang?

Ya. Semasa berjumpa dengan guru-guru lama, saya dipinggirkan. Guru-guru mengangkat gah rakan-rakan lain. Satu di satu sudut cuma berdiam diri. Mendengar segala cerita yang disampaikan. Bahkan ada seorang guru mengutuk saya depan-depan.

“Jangan masuk poli. Nanti menyesal tak guna. Lepas tu mulalah nak cari keje”

Saya diamkan sahaja. Biarkan orang bercakap. Bagi sama poli dan U ada pro and cons nya yg tersendiri. Tak perlu dibandingkan antara satu sama lain.

Dipendekkan lagi, rakan- rakan matrik sudah habis belajar dan menyambung degree mereka manakala saya masih terkial-kial di peringkat diploma. Saya berusaha gigih. Saya nak buktikan, graduan poli juga berkualiti.

Saya berjaya. Alhamdulillah setiap sem dekan. Dapat degree di Uitm. Kos yang sama. Dan setelah 2 tahun degree, saya sambung pula masters in Ed. di luar negara. Saya sendiri tidak sangka dengan kejayaan yabg diperoleh.

Moral of story, adik-adik janganlah mudah mengalah. Jangan kecewa berlebihan. Banyakkan redha dan istigfar. Sabar. Dan guru-guru pula, janganlah merendah-rendah anak murid anda. Masa depan mereka kita tak tau.

1. Jangan memperlekehkan orang lain.

2. Berusaha sebaik mungkin setelah mendapat peluang kedua. Kisah SPM budak kamlung berakhir di sini


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.