Header Ads

Warga Emas Hidap Sakit Jantung Dan Tekanan Darah Tinggi Cedera Teruk Dibelasah Samseng Jalanraya




Dua hari yang lepas, seorang warga emas menghentikan keretanya di tengah-tengah jalan raya kerana beliau rasa tidak berapa sihat. 

Namun, apa yang terjadi selepas itu amat mengejutkan. Beliau telah teruk dipukul oleh samseng jalanraya yang menaiki motosikal kerana merempuh kereta warga emas yang berhenti di tengah jalan. Kisah yang berlaku telah dikongsi oleh seorang pengguna jalan raya yang prihatin di laman Facebooknya. 

Sebuah motosikal yang dinaiki oleh 3 orang lelaki merempuh kereta tersebut kerana tidak sempat memberhentikan motor mereka dengan cepat. Namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Kemudian salah seorang daripada penunggang motosikal itu turun dan berjalan ke arah tempat duduk pemandu kereta dan mengheret warga emas itu keluar. Tanpa banyak soal dia mula membelasah warga emas itu tanpa belas kasihan. 

Melihat keadaan warga emas yang berdarah selepas ditumbuk oleh samseng jalanraya tadi, seorang pengguna jalan raya Poh Poh Tan turun untuk membantu warga emas tersebut. 

Penunggang motosikal itu masih tetap mengherdik warga emas tersebut kerana berhenti di tengah jalan dan menyebabkan kemalangan serta mencederakan kakinya. Samseng jalanraya itu juga menuntut pampasan dari warga emas yang sedang berlumuran darah. 

Apabila Tan menarik warga emas itu ke tepi jalan, samseng tersebut mula mengamuk dan memaki beliau. Dia juga memecahkan cermin kereta Tan dengan menggunakan topi keledar. 

"Pada ketika itu, saya melihat dia hilang kawalan. Jadi saya tidak menghalangnya dari memecahkan kereta" katanya lagi. 


Situasi tegang itu hanya terhenti apabila seorang penunggang motosikal yang lain campur tangan dan menghalang samseng jalan raya itu dari terus mengamuk manakala seorang lagi penunggang motosikal membantu warga emas tersebut menghentikan pendarahan dengan tuala. 

Selepas menghantar warga emas itu ke hospital, Tan mengetahui warga emas itu menghidapi sakit jantung dan juga tekanan darah tinggi yang menyebabkan warga emas itu memberhentikan tangannya kerana pada ketika itu tangan warga emas tersebut menggeletar. 

Setelah anak warga emas tersebut datang, mereka membuat laporan polis. Tan memberitahu warga emas tersebut menerima beberapa jahitan di bahagian hidungnya. 

Dia juga menyeru orang ramai yang merakam atau menyaksikan kejadian untuk membantu polis dalam siasatan. 





No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.