Tak Nak Kalah Tu, Nasi Lemak Gay Pula Muncul Beri Persaingan
Tak cukup dengan anak dara dan pondan, kini muncul pula peniaga Gay yang masih menjadikan hidangan nasi lemak sebagai taruhan.
Belum reda dengan nasi lemak 'perempuan jadian' sebelum ini, netizen mula memberi perhatian terhadap nasi lemak songsang yang gambarnya telah menjadi tular di laman media sosial.
Menurut sumber, lokasi perniagaan adalah berhadapan dengan Petronas Taman Segar, Cheras.
Bangga mengakui dirinya adalah seorang gay, peniaga yang dikenali sebagai Adi Yusuf itu mungkin mengambil inspirasi dari kelarisan perniagaan nasi lemak anak dara dan nasi lemak pondan sebelum ini.
Malah, kain rentangnya juga bertemakan warna pelangi yang menjadi lambang rasmi kumpulan LGBT di seluruh dunia. Lengkap sekali dengan gambar-gambar swafotonya.
Apa yang menarik perhatian, kebimbangan tentang kemunculan peniaga-peniaga seumpamanya pernah disuarakan oleh seorang pengguna Facebook, Tuan Carlos dan kini ia betul-betul sudah menjadi kenyataan!
Rata-rata netizen bukan sahaja mencemuh malah mempersoalkan tindakan peniaga-peniaga yang seolah-olah mempermainkan hukum agama.
Apa lagi agaknya nasi lemak yang akan muncul selepas ini ya? Sama-sama kita nantikan.
Post a Comment