Header Ads

Televisyen Pintar Jenama Samsung Dijadikan Sebagai Alat Intipan Tanpa Pengetahuan Pengguna




Laman web Wikileaks baru-baru ini mendedahkan tindakan agensi perisikan menggunakan televisyen pintar untuk mengintip pengguna. Beberapa dokumen didedahkan menunjukkan peralatan godam yang digunakan oleh CIA dan MI5 termasuk perisian Windows, Android dan IOS. 

Dalam laporan tersebut mendakwa perisian tersebut diubah untuk menjadikan televisyen pintar jenama Samsung sebagai alat pengintipan tanpa diketahui pengguna. Samsung dilaporkan akan menyiasat dakwaan tersebut. 

Program yang dikenali sebagai "Weeping Angel" yang dipercayai didalangi oleh MI5. Program tersebut membuatkan pengguna percaya bahawa set tv itu sudah ditutup tetapi sebenarnya masih boleh merakam suara yang dihantar ke agensi perisikan menerusi talian internet walaupun televisyen itu sudah ditutup. 

Apple juga telah mengeluarkan kebimbangan terhadap pencerobohan privasi pengguna. "Kami meminta semua pengguna untuk memuat turun perisian iOS baharu bagi memastikan mereka memiliki tahap keselamatan terkini," ujar Apple.

Syarikat Google yang mengendalikan perisian Adroid masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu. 


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.