Terpaksa Tidur Di Atas Kerusi Balai Menunggu Akibat Penerbangan MAS Ditunda 2 Hari
Tahukah anda perasaan bila waktu untuk menaiki pesawat tetapi tiba-tiba terdengar pengumuman mengatakan penerbangan anda ditunda untuk beberapa jam? Bayangkan jika penerbangan anda ditunda selama 2 hari pula tu. Mesti perasaaan kecewa dan marah akan timbul.
Begitulah yang terjadi kepada para penumpang yang menunggu untuk menaiki penerbangan mereka dari New Zealand ke Malaysia. Memetik dari laporan New Zealand Herald, penerbangan ke Malaysia dari Auckland New Zealand telah ditunda akibat masalah teknikal.
Sudah tentu ini menaikkan perasaan tidak puas hati kepada para penumpang kerana mereka terpaksa menunggu terlalu lama di lapangan terbang. Ada juga para penumpang warga emas terpaksa tidur di atas kerusi ruang menunggu.
Penerbangan itu sepatutnya dijadualkan untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland pada jam 12.55 tengah hari pada Sabtu 25th Mac dan dijangka tiba di Malaysia pada 7.55 petang hari Jumaat 24 Mac.
Lebih teruk lagi, para penumpang MAS itu tidak ditawarkan tempat penginapan kerana semua hotel di kawasan berkenaan telah habis ditempah. Namun, mereka tetap diberi baucar makanan. Setelah lama menanti, kesemua penumpang berjaya menaiki pesawat MH132 ke KLIA pada pukul 8.30 malam Ahad waktu Malaysia.
Mengikut laporan New Straits Times, pihak Malaysia Airlines meminta maaf kepada penumpang tersebut kerana kelewatan yang mereka alami itu. Mengikut kenyataan dari pihak MAS, alat ganti yang diperlukan untuk pesawat tersebut tidak ada di Australia ataupun New Zealand.
Mengikut laman web FlighRadar24, pesawat tersebut berjaya mendarat di KLIA pada pagi 27 Mac. Walau apa pun semua penumpang selamat pulang ke tanah air walaupun terlewat 2 hari!
Post a Comment