Header Ads

TUDM Nafi Ada Pesawat Terhempas Sebaliknya Latihan Untuk LIMA 2017




Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafikan pesawatnya terhempas ketika terbang di ruang udara Sungai Dua di sini seperti yang tular di laman sosial Facebook. 

Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, kejadian seumpama itu tidak berlaku sebaliknya pihaknya sedang menjalankan latihan sempena pembukaan dan pertunjukan udara menjelang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017.  

"Beberapa pesawat TUDM terlibat dalam pertunjukan itu dan latihan berkenaan dijalankan mulai 8 Mac hingga 16 Mac ini. 

"Latihan itu turut melibatkan simulasi letupan bom menggunakan 'phyrotechnic demonstration'," kata kenyataan itu. 

Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan membuat spekulasi sekiranya terdapat bunyi letupan dan asap tebal sepanjang tempoh latihan itu kerana ia merupakan latihan akhir juruterbang TUDM. 

Seorang pengguna Facebook hari ini memuat naik status memaklumkan ternampak percikan api dan asap tebal serta mendakwa jet terhempas di kawasan sawah padi berhampiran Lebuh Raya Utara Selatan di Sungai Dua pada Ahad, sebelum ia menjadi tular.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.