Header Ads

"Walaupun Suamiku Playboy, Aku Tetap Berdoa Agar Dia Berubah"




Serba sedikit tentang latar belakang saya. Saya seorang ibu, alhamdulillah mempunyai seorang anak perempuan dan sekarang sedang mengandung 7 bulan zuriat kedua. Saya seorang wanita bekerjaya bekerja di sebuah di bidang perbankan manakala suami seorang pegawai keselamatan kerajaan. Usia perkahwinan kami akan mencecah 4 tahun bulan Mei nanti.

Perkenalan saya dan suami sebelum mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 semasa kami sama-sama masih belajar di universiti tempatan. Sepanjang tempoh bercinta bermacam dugaan yang saya lalui kerana dia memang seorang 'playboy'. 

Mungkin pada ketika itu saya juga masih naif tentang erti cinta saya juga terpikat dengannya walaupun tahu dia mempunyai hubungan dengan wanita-wanita lain. Selepas sebulan berkenalan dia terus membawa saya berjumpa dengan keluarganya. Sejak dari itu hubungan saya dan keluarganya amat rapat.

Takdir Allah, kami bernikah pada tahun 2013. Setelah beberapa bulan bernikah sifat 'playboy' nya masih belum berubah. Saya memang makan hati dan sering bergaduh. Dia tidak pernah rasabersalah dengan perbuatannya.

Setelah rasa penat asyik bergaduh saya mengambil keputusan tidak mahu lagi 'check' telefon bimbitnya takut saya makin makan hati sementelah saya sedang berbadan dua pada ketika itu.

Saya hanya berdoa kepada Allah agar dia berubah. Setelah anak pertama lahir, saya nampak sedikit perubahan dalam dirinya. Layanan dia kepada saya dan anak amat baik. Walaupun kadangkala naluri seorang isteri dapat merasakan sesuatu. Saya masih elakkan diri untuk 'check' telefon bimbitnya.

Sehingga kini, anak saya yang pertama hampir masuk 3 tahun. Semalam, saya tidak dapat menahan diri dari 'check' telefon bimbitnya. Walaupun dia menggunakan 'password' naluri seorang isteri tidak pernah salah. Jari jemari saya rasa ringan sahaja meneka 'password' tersebut, seolah mengetahuinya. 

Ternyata suami masih tidak berubah. Dia masih dengan perangai 'playboy' nya. Masih ber whatsapp dengan pelbagai jenis perempuan dengan kata-kata manis. Terkedu saya apabila melihat gambar-gambar yang dihantar perempuan-perempuan tersebut.

Ya Allah, saya rasa tak kuat lagi. Saya tidak pernah putus berdoa dari awal perkahwinan agar dia berubah. Allah masih belum makbulkan doa saya. Mungkin saya sendiri pun banyak dosa sebab itu doa saya belum dimakbulkan. 

Saya sangat sedih dan rasa jauh hati dengan perbuatannya. Layanan saya kepada suami selayaknya telah saya lakukan. Ya Allah kuatkan hati ini. Saya dah tak larat nak menangis dan pada masa yang sama saya tidak mahu bergaduh dengan suami takut hati saya terus patah.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.