Header Ads

Warga Emas Ini Sanggup Redah 30KM Untuk Beri Sedekah Kepada Kanak-Kanak Sejak 23 Tahun Yang Lalu




“Saya lakukan semua ini kerana sunyi sebab tak ada anak. Saya pernah berkahwin selama 12 tahun namun berpisah pada 1999 tanpa dikurniakan anak."

Demikian suara hati yang diluahkan oleh Mohd Ramli Hassan yang sanggup mengembara sejauh 31.3 kilometer (km) semata-mata untuk menghulurkan sedekah 50 sen sehingga RM1 kepada setiap kanak-kanak ditemui bersama ibu bapa mereka di terminal bas dan teksi Melaka Sentral.

Difahamkan walaupun tidak mempunyai pendapatan bulanan tetap, namun tidak menghalang lelaki berusia lebih separuh abad itu menghulurkan wang sedekah sambil bersalam mesra dengan kanak-kanak yang ditemuinya sejak 23 tahun lalu. 

Menurut Mohd Ramli yang tinggal di kampung Melekek Dalam, Alor Gajah, sejak tahun 1994 hampir setiap hari dia bertindak sedemikian adalah untuk hilangkan rasa sunyi yang dialaminya.-


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.