Header Ads

Bergaduh DI Pusat Snooker, Timbalan Pengurus Projek Maut Ditikam




Satu pergaduan yang berlaku di luar pusat snuker di pekan Bekenu, Miri, malam Sabtu telah mengorbankan nyawa seorang timbalan pengurus projek pembangunan manakala dua lagi cedera.

Memetik mStar Online, Yusuf Sidani, 45, dari Sabah meninggal dunia pada jam 8 malam akibat ditikam dalam pergaduhan itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat, mangsa meninggal dunia di lokasi dengan kesan tikaman pada dada.

"Dua lagi yang juga pekerja warga Indonesia berusia 20-an cedera dan dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan.

"Salah seorang daripada mereka ditikam di belakang dan cedera parah, manakala yang lain hampir terputus jari," katanya.

"Kami percaya pergaduhan itu berlaku selepas mereka minum di pusat snuker itu," katanya.

Kesemua mereka dipercayai diserang seorang lelaki warga Indonesia yang menggunakan senjata tajam. Pihak polis kini sedang memburu lelaki yang menyerang mangsa.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.