Header Ads

"Bouncer" Kelab Malam Ini Tak Pernah Cedera Setiap Kali Bergaduh, Namun Akhirnya Lumpuh Kerana Ilmu Hitam





Menjadi kuat dan berpengaruh adalah perkara yang ramai diidamkan. Siapa yang tak mahu kuasa ke atas semua perkara? Tapi kuasa seperti demikian bukanlah senang dan demi memenuhi nafsu sesetengah orang sanggup melakukan apa saja termasuk menggunakan bomoh. 

Lelaki ini yang dulunya lebih dikenali sebagai Zack Tiger pernah meraih pendapatan sehingga RM20,000 sebulan bekerja sebagai sekuriti kelab malam, 'bouncer' dan juga pengawal peribadi. 

Memetik laporan Harian Metro, Zack Tiger ingin menjadi seseorang yang mempunyai kuasa dan cara yang paling pantas adalah dengan mendapatkan bantuan daripada bomoh. Selepas itu, mendengar nama Zack Tiger saja sudah memberi gerun kepada lawan. Tidak kira setelah dipukul dan dihentak oleh orang atau berkumpulan, Zack tetap akan berdiri semula dan jarang mendapat luka yang serius. 


Pernah sekali, sekumpulan lelaki bersenjatakan parang menyerang Zack Tiger ketika sedang melarikan diri dari satu pergaduhan yang berlaku di Kuala Lumpur. Ajaibnya, beliau tidak mengalami sebarang luka. Badannya hanya mengalami kecederaan kecil seperti dipukul dengan batang besi sahaja. 

Kekuatan yang luar biasa dimiliki oleh Zack Tiger sehingga digelar "Dewa Bouncer" dikalangan rakan-rakannya. Ianya juga membuka peluang yang lebih besar dan beliau menjadi pengawal peribadi kepada VVIP. 

Namun, kekuatan dan kemasyuran hilang secara tiba-tiba apabila Zack jatuh sakit dan lumpuh. Walaupun sudah mendapat pelbagai rawatan moden, tiada doktor yang berjaya mengenal pasti penyakit yang dihidapinya. Dia hanya bergantung harap pada ahli keluarganya. 

Menurut Zack lagi, penyakit yang dihidapinya mungkin disebabkan menggunakan ilmu hitam. Namun kuasa Maha Pencipta, Zack pergi ke sebuah pusat perubatan Islam sejak Januari tahun lalu dan beliau kini masih dalam pemulihan.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.