"Kamu Lelaki Yang Tak Sedar Diri, Tak Tahu Malu. Insaflah Wahai Lelaki"
Satu perkara yang paling banyak saya dapati di sini ialah cerita pasal sikap suami yang sangatlah mengecewakan seperti:
1. Kaki pukul
2. Kaki maki hamun suka menghina
3. Culas memberi nafkah
4. Bergantung kewangan pada isteri
5. Makan duit isteri
6. Tidak solat
7. Merokok
8. Menagih dadah / ketum
9. Buat maksiat dengan perempuan lain (saya tidak istilahkan sebagai curang, kerana ia tiada dalam syariat Islam. Yang ada pensyariatannya hanya maksiat)
10. Berpoligami tapi tidak adil
11. Pembohong
12. Lebih utamakan lepak/hobi bersama kawan2/game daripada beri perhatian kepada isteri dan anak2
13. Tidak memainkan peranan dalam menguruskan / mendidik anak2.
14. Serahkan sepenuhnya pada isteri hal-hal pengurusan rumahtangga, dia cuma goyang kaki bila di rumah.
Saya seorang lelaki, juga seorang suami dan bapa. Saya amatlah kecewa, teramat sangat kecewa dengan sikap2 kaum saya yang seperti ini. Saya nak tanya kamu wahai lelaki yang berkenaan, kenapa kamu sanggup buat semua tu? Tak tahukah kamu semua itu perbuatan haram, dosa yang membawa kepada neraka?
Kenapa wahai lelaki? Apakah tiada iman lagi dalam hati kamu? Apa sebenarnya yang kamu kehendaki dalam rumahtangga?
Kamu nak isteri taat dan hormati kamu, tapi kamu menzalimi mereka. Layakkah penzalim dihormati?
Kamu nak isteri jaga kamu dan anak2 dengan baik, tapi kamu cuma tau mengarah dan lepas tangan, mengharap isteri buat semua. Kamu ingat isteri tu mesin robot yang boleh diprogramkan dan tak pandai penat?
Kamu nakkan kehidupan seperti syurga, tapi kamu bina neraka dengan sikap kamu. Apakah syurga boleh wujud dengan binaan2 neraka?
KAMU LELAKI YANG TAK SEDAR DIRI, TAK TAHU MALU, TAK TAKUT ALLAH, PERASAN BAGUS, PERASAN MAKSUM.
Sudah2lah wahai lelaki. Allah amanahkan kamu untuk menjadi pelindung, pemimpin, pembela dan penaung kepada isteri dan keluarga. Kerana hanya kamu yang mampu melakukannya. Tolonglah pegang dan angkat amanah Allah itu dengan bertanggungjawab.
Insaflah wahai lelaki.. - www.kakishare.my
Post a Comment