"Saya Bukan Menantu Pilihan Kerana Tak Kerja Kerajaan"
Kisahnya saya ni bukan menantu pilihan sebenarnya. Sebelom berkahwin saya dan suami dah berkawan hampir 4 tahun dah. Masa dah kenal setahun tu, suami ketika itu dah bercadang nak saya kenal2 dengan family dia. Teringat lagi masa mula2 jumpa tu bulan puasa dan dah nak dekat hari raya.
Suami pon ajak la saya buka puasa bersama kakak2 dia haritu. Kakak sulung dan akak no 3. First time jumpa mmg dah fail sebab saya ni free hair masa tu. mungkin akak suami tak berkenan masa tu. Masa berlalu dan saya pon jarang sgt jumpa akak2 suami lepas tu. Tapi perasaan saya mmg kuat dapat rasa mereka tak berapa suka kat saya.
Sebab saya tahu saya ni bukan calon pilihan untuk suami, akak ipar saya (masa tu belom jd kakak ipar lagi) pernah bergurau kat status suami kat facebook. Katanya lebih kurang mcm ni ” tulah kene cari isteri yang baik2, sopan, calon yang dulu punyer dah ok sgt dah tu. Ni pergi cari lain. Dah la jauh pulak tu.
Masa baca tu sedih jugakla tp saya buat2 tak nampak je la huhuhu. Ouh ya calon sebelom ni yg akak ipar saya maksudkan tu ex gf suami sebelom ni. Bakal doktor dan paling penting dia sekampong dgn suami. Ya saya asal sarawak dan sebab tu jugak family suami bekeras tak nak dgn saya sebab jauh sgt kalau nak balik kg nnt. Disebabkan tu jugaklah saya tak pernah sebut2 soal kahwin sebab takut family bf ketika itu menolak saya.
Masa berlalu dan masok tahun ke 2 berkawan suami ada lagi mencuba untuk bawak saya sekali waktu kenduri family dia. Suami pon maklum mak dia bekeras tak nak menantu org jauh, lagi2 mak ketika itu bekenan kat ex gf suami yg dulu.
Bakal doktor katakan hihi. Tapi suami tetap gigih nak bawak saya kenal2 mak ayah dia masa tu. Pernah jugak saya terbaca group whassap suami dgn family dia yg mengatakan mak tak restu kalau suami kahwin dgn saya, tapi suami masa tu diam sahaja dan tak bagi komen apa pon.
Tahun ke 3 berkawan hubungan saya dan akak ipar semakin baik. alhamdulillah sebab saya sambung belajar peringkat master di kl dan rajin jenguk2 akak dan anak buah.
Masa tu akak ipar dah mcm boleh terima saya dan mula sebut2 hal suruh kahwin sebab umor pon dah makin meningkat. Dipendekkan cerita saya dan suami berkahwin pd tahun ke 4 berkenalan. Mak mertua mulanya mmg tak boleh terima tp lama2 tu dia pon bg restu sebab suami saya sungguh2 nak kahwin masa tu.
Sebenarnya saya ni bukan menantu pilihan ada byk sebab antaranya
1. saya org jauh (ya mak mertua kalau boleh nak semua anak2 dia kahwin dgn org dekat2 je. Suami org utara dan 3 org abg ipar suami semua pon org utara, senang balik raya katanya). Suami ada 5 beradik, 4 org dah kawin yg bongsu je tak kawin lagi. Suami ank no 4, 3 org akak.
2. Mak mertua kalau boleh nak menantu keje gomen. Yes tipikal mkcik2 yg bangga ank dia keje kerajaan. Mak mertua saya pon mcmtu. Adik beradik suami ada 5 dan semua keje kerajaan. Ada pangkat pegawai ada pangkat rendah. Yg penting hang keje kerajaan dah boleh jd menantu pilihan.
Dan yes semua menantu mak skrg ni semua keje kerajaan dan pangkat tinggi kecuali saya sebab saya jobless. saya habis master je terus kahwin, tak sempat cari kerja suami ajak kahwin. Lepas kawin gigih cari kerja sana sini namun hampa takda satu pon sangkut. Mst ada kata hang tu memilih sgt. saya tak memilih tapi keadaan terpksa buat saya memilih. Ya saya dalam dilemma.
Cerita dia family suami saya terutamanya mak mertua,mak sedara, pak sedara semua jenih nak jaga standard. Keje biasa2 je mmg salu kene kecaman. Dan disebabkan tekanan mcm tu suami sgt strict waktu saya nak pilih kerja apa. Dgn berbekalkan master kene la keje atleast lecturer ke, executives ke, reseacher ke. Itu point suami saya. Namun saya sedar diri saya ni takde pengalaman kerja, habis degree sambung master dan kahwin.
Networking kurang sgt sebab saya pon jenis tak berkawan dan bukan happy go lucky. Kwn2 mmg boleh hitung dgn jari. Dah kawin ni lagilah suami je kawan saya. Sebab tu saya bercadang nak keje je takkisah gaji dan positon apa sebab nak carik pengalaman, tp yelah setiap kali suarakan cadangan nak kerja kat shopping mall ke, kilang ke suami mmg tak bagi.
Takut kene cemuh dgn family kat kg. sebab itu jugalah saya masih menggur ketika ini. Ye mmg sedih sebab tak keje. Pegi mana2 org Tanya keja mane, saya hanya jwb surirumah je. Dan sudah tentu akan keluar ayt2 nak kasi saya takut,eh nnt husband buat hal mcm mana? Sapa nak tanggung? Hmm
Pernah juga saya dan suami balik kg, saya teman mak mertua pegi pasar beli barang basah. Kalau kat kg mestilah akan terjumpa jiran2, sedara mara kan. Yg sedih nya bila mak mertua terjmpa kwn2 lama kat pasar, bila kawan mak tanya eh ni siapa? Mak akn jwb “ni anak sedara saya”.
Yelah mgkin mak saya tak nak kalau di beritahu anak menantu pasti byk soalan cepu emas pulak Mkcik2 tu Kan. Mulalah nk tahu keje apa, gaji berapa. Bukan tak penah kene soal siasat oleh sedara mara suami. Lagi2 masa hari raya. Yang keje kerajaan di pandang tinggi, yg keje swasta kene pandang rendah dan yg tak keje ni langsung tak di pandang. Haha
Saya pernah dapat offer keje kilang tp bukan operator, gaji basic rm 1800 tp byk elaun dan ada ot. Tapi memandangkan mak mertua ketika itu ada berkampung kat rumah laju je mak kata tak payah la. Malu kat org kg keje kilang. Saya balas jugak takpe saya tak kisah asalkan ada duit dan dpt pengalaman tp mak laju menjawab jaga la air muka suami tu, ada master pegi keje kilang.
Saya pon diamkan je dan tolak tawaran keje tu. Suami saya sebenarnya tak kisah saya jd suri rumah sebab dia pon kalau boleh nak anak2 saya nnt saya jaga sendiri. Ikutkan hati saya mmg suka duduk rumah dan jaga anak (saya tgah mengandung ank pertama skrg) tp saya fikirkan mak ayah saya kat kg, hutang pt pon tak langsai lagi. sebab tu saya gigih jugak nk keje, di tambah pulak setiap kali balik kg suami mak akan berkias tak mintak keje kerajaan ke? Tak apply jdi lecturer ke?.
Terus terang saya katakan saya ni low confident, mungkin sebab tu byk interview saya tak lepas. Soft skills saya mmg kurang sebab saya takda pengalaman kerja. Kwn2 yg ada tips mcm mana nk mulakan bina karier walaupon umor da lanjut (ye saya semakin tua tp belom ada karier yg kukuh). Boleh la share tips ye. saya mmg perlukan nya. saya byk apply keje tp byk nk pengalaman keje. Mmg silap saya sebab xkeje dulu baru smbg master. Tapi setiap org rezeki lain2 kan.
Habis bab tu, baru2 ini adik ipar saya (Lelaki) bercadang nak kawin. Minggu lepas adik suami bawak la bakal isteri jumpa family, semua ada ramai2 sebab nak bagi kenal dgn family. Oh ya sebelom ni mak mertua da reject sorang, kwn adik suami sebab keje kilang dan dia org jauh jugak.
Padahal lama adik suami kenal dgn pmpuan tu, saya pon da pernah jumpa dan mmg baik orgnya tp malangnya da kene reject sebelom dapat jmpa family pon. Maka adik suami pon bawalah calon baru dan nak kenalkan dgn family. Masa sesi bersoal jawab tu saya perhati mak senyum lebar je sebab dapat tahu bakal isteri adik suami ni org utara dan keje kerajaan jugak.
Tak byk tanya mak terus offer bila nak masuk meminang? Akak ipar sume suruh tunggu dlu sebab baru sgt kenal dalam 2 bulan lebih. Bagi masa dorang kenal dan bru cdg buat majlis. Masa tu jugakla saya kena perli. Mak kata saya syukurla semua menantu mak ada keja bgs2.
Rugi duduk rumah buang masa. Suami saya bls jugak dgn nada gurauan, mak pon suri rumah je dulu, sebab mak suri rumah ank2 dpt kasih sayag penuh. Tgk ank2 mak pon cukup mkn semua. saya cuma mampu senyum kelat. Ye walaupon saya tak mampu bantu suami dri segi kewangan tp saya syukur saya dpt bantu dia kurang kan beban di rumah. Kalau sebelum ni dia hari2 mkn luar lepas da kahwin sgt jarang dpt mkn luar sebab saya akn Masak.
Apapun yg da terjadi saya masih bersyukur suami saya sudi jadikan saya isteri. Dia tahu saya pengangur berjaya ketika itu, saya ada hutang pt, dan takde apa2 aset tapi masih sudi terima saya. Terima kasih suami. Terima kasih jugak mak, mungkin dgn doa mak nak menantu keje gomen, saya dpt keje gomen nnt. InshaAllah - www.kakishare.my
Post a Comment