Demi Jaga Kawan Sakit Akibat Kemalangan, Gadis Ini Sanggup Tangguh Pelajaran
"Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar ditemui". Itulah ungkapan paling sesuai untuk dua remaja ini. Walaupun dua remaja perempuan ini tiada pertalian darah, namun bagi Syuhaila Ramli beliau sanggup menjadi jururawat peribadi kepada rakannya yang terlantar akibat kemalangan jalan raya sejak tiga bulan yang lalu.
Pelajar lepasan SPM 2016 untuk nekad untuk menangguhkan niat untuk memohon menyambung pengajian di mana-mana universiti demi menguruskan keperluan harian Fatin Syuhada Kamal sepenuh masa.
"Tersentuh Hati Melihat Ibu"
Menurut laporan Harian Metro, Fatin patah tulang peha akibat kemalangan jalan raya tiga bulan yang lalu. Ibu Fatin pula juga rakan lama ibu Syuhaila kehilangan jari kaki kerana dipotong akibat kencing manis.
Syuhaila mengambil keputusan untuk menjaga Fatin kerana tersentuh hati apabila ibunya bersungguh-sungguh membantu ibu Fatin yang menghadapi kesempitan hidup.
Tambahnya lagi, ibu bapanya sanggup menumpangkan Fatin sekaligus mengeratkan hubungan mereka berdua yang pernah bersekolah di sekolah yang sama.
Bapa Fatin yang bekerja sebagai pemandu lori amat bersyukur kerana anak rakan isterinya itu sangat prihatin terhadap nasib yang menimpa keluarganya.
Syabas kepada Syuhaila atas contoh murni yang ditunjukkan. Sikap belas kasihan inilah yang perlu ada di kalangan masyarakat yang dilihat lebih banyak mementingkan diri sendiri.
- www.kakishare.my
- www.kakishare.my
Post a Comment