Header Ads

"Dia Sentuh Hati Saya" - Gadis Kongsi Kisah Dirinya Tak Sedar Kena Tipu Bulat-Bulat Oleh Warga Emas Ini




Dalam zaman kehidupan yang serba serbi memerlukan duit, bagi mereka yang ingin jalan pintas untuk mendapatkan duit adalah dengan menipu. Banyak kali kalau kita sedang berjalan di bandar misalnya KL pasti akan disapa oleh seseorang dengan kisah yang menyayat hati. 

Namun, kebanyakkan kita susah nak terpedaya. Tapi jika penipu tersebut adalah warga emas sudah pasti kita akan berasa kesian apatah lagi bila terkenang ibu bapa di kampung. 

Seorang pengguna Facebook, Firdauss Warni berkongsi kisah rakannya yang telah diperdaya hampir RM500 begitu saja dan mudah diberikan tanpa syak wasangka. Semuanya kerana kesian.

Kisah sedih bercampur kelakar lakar yang kawan aku kena dengan seorang makcik power mengayat kat KL Sentral! Hahahaha

Dapat tau ramai dah yang terkena. So, berhati hatilah semua. Jangan jadikan cuti midsem anda sebagai cuti midsem yang paling tak boleh dilupakan! Hahahahahaha.


"Tak Sedar Kena Tipu"


Rakannya tidak menyedari dirinya ditipu dan hanya apabila sampai di rumah baru perasaan tersebut muncul. Gadis tersebut terasa dirinya tidak dipukau kerana semuanya dilakukan secara rela hati dan mempercayai bulat-bulat apa saja yang diceritakan oleh makcik tersebut. 

Bila ditanya, kemungkinan makcik tersebut pernah menyentuh apabila mula-mula disapa oleh makcik itu. Nilai RM500 sudah pasti jumlah yang besar apatah lagi bagi seorang pelajar. 

Difahamkan ramai yang sudah terkena dengan penipuan makcik ini terutama di sekitar TBS. Walau apapun, bersabar dan cuba lebih untuk berhati-hati apabila ada orang yang tidak dikenali menyapa mesra.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.