Header Ads

Dua Remaja Maut Dalam Kemalangan Melibatkan 4 Buah Motosikal Dan Kereta




Awal pagi Ahad, dua remaja lelaki maut dalam kemalangan yang melibatkan empat motosikal dan sebuah kereta di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban manakala tiga lagi parah. Dua remaja tersebut yang maut dikenali sebagai Muhammad Iqbal, 17 dan rakannya Nazim Tumirin, 21. 

Memetik laporan Bernama, Muhammad Iqbal dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala Nazim pula meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Serdang. Tiga lagi mangsa iaitu dua penunggan motosikal dan penumpang kereta juga turut cedera parah.

Ketika kejadian, penunggang motosikal dari arah Kuala Lumpur menghala ke Seremban. Satu daripada empat motosikal berkenaan melanggar pintu belakang kanan sebuah Proton Gen 2 yang sedang berhenti di laluan kecemasan untuk menukar tayar yang pecah. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nayan berkata: 

“Kemalangan itu menyebabkan tiga motosikal yang lain tidak dapat mengelak menyebabkan berlaku pergeseran antara satu sama lain.

“Tiga mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan,"


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.