Header Ads

Gara-Gara Beli Pakej Pelancongan Murah Ke Krabi, Akhirnya Ditipu Oleh Lelaki Thailand




Keghairahan sekumpulan pelajar universiti swasta warga Malaysia bercuti di Krabi bertukar menjadi pahit apabila pakej pelancongan yang dibeli daripada seorang warga Thailand bernama Theeradet Saetiew merupakan pakej pelancongan yang tidak wujud. 

Menurut pegawai Polis Pelancong Krabi, Sub Lt Suwan Tuamsri, lelaki warga tempatan itu menggunakan sebuah syarikat pelancongan bereputasi untuk menjalankan kegiatan haramnya. 

"Mereka tiba di Krabi semalam tetapi tidak dapat menghubungi lelaki tersebut. Mereka telah memindahkan wang THB38,500 kepada Theeradet sebagai bayaran untuk keseluruhan pakej itu."

"Harga yang ditawarkan kepada kumpulan pelancong Malaysia itu adalah sangat murah berbanding pakej yang ditawarkan oleh agen pelancongan yang lain."

Bagaimanapun, atas rasa simpati dengan situasi yang dihadapi kumpulan warga Malaysia itu, pelbagai pihak di Thailand bertindak membawa kumpulan tersebut ke destinasi-destinasi popular di Krabi seperti yang ditawarkan dalam pakej palsu yang dibeli daripada Theeradet.

"Mereka nampak gembira dengan apa yang kami lakukan untuk mereka," kata Suwan.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.