Header Ads

Ibu Bapa Di India Anggap Anak Lahir Tanpa Kaki Dan Tangan Sebagai Hukuman Tuhan






Seorang bayi telah dilahirkan tanpa kaki dan tangan baru-baru ini di New Delhi, India.

Walaupun menyifatkan kelahiran tersebut adalah satu hukuman dari Tuhan, namun ibu bapa bayi berkenaan berikrar akan tetap memelihara anak mereka dengan sebaik mungkin.

Sebelum ini pasangan petani, Omprakash Yadav dan isterinya, Phoolmati Devi langsung tidak menyangka anak mereka akan dilahirkan cacat sebegini.



Menurut laporan The Mirror, walaupun cacat anggota, bayi perempuan tersebut tidak mengalami sebarang masalah dan disahkan sihat oleh doktor. 

Phoolmati, 22, dari Koria di Chhattisgarh, negeri di utara India berkata, dia dan suaminya menganggap kecacatannya sebagai ‘balasan Tuhan,’ kerana dosa yang mereka lakukan sebelum ini.

“Saya gembira kerana memperoleh anak. Tetapi kegembiraan itu terganggu apabila saya terbayang masa depan anak saya itu,” katanya.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.