Jangan Bersedih Ketika Putus Cinta, Ini 10 Hikmah Putus Cinta Yang Boleh Anda Jadikan Sebagai Semangat
Setiap manusia pernah mengalami perasaan cinta. Cinta itu adalah satu perasaan yang sangat indah. Namun cinta juga boleh melukakan bagai dihiris pisau yang tajam. Putus cinta adalah satu perkara biasa dan ianya satu risiko yang perlu ditanggung bagi mereka yang ingin bercinta.
Namun tak perlulah untuk bersedih apabila putus cinta kerana setiap perkara yang berlaku sudah pasti ada hikmah yang lebih besar. Walau apa pun, cinta kepada Allah SWT dan rasul-Nya adalah cinta paling agung.
Oleh itu, janglah bersedih sebaliknya apabila putus cinta kita mampu untuk menjadikannya sebagai satu yang positif dan berikut adalah 10 hikmah apabila putus cinta.
1. Kembali Ingat Pada Allah SWT
Tatkala anda menangis di atas katil mengenang kisah cinta yang sudah berakhir, saat itu jugalah syaitan turut menangis kerana anda telah jauh dari perbuatan zina. Kembalilah mengingati Allah dan mohon kepada-Nya kekuatan dan tunjukkan jalan yang benar.
2. Hindari Dari Perbuatan Zina
Apabila anda putus cinta, sedikit sebanyak diri anda telah terhindar dari pelbagai jenis zina. Antaranya zina mata, zina telinga, zina tangan dan zina hati. Bersyukurlah kepada Allah SWT jika anda telah putus cinta.
3. Bebas Dari Membuang Masa
Ketika masih bercinta, sudah pasti banyak masa dihabiskan untuk berbual dan bermesej tak kira masa. Itu belum lagi ber'dating' setiap kali hujung minggu. Sekarang bila putus cinta, ada mempunyai banyak masa terluang yang boleh dimanfaatkan dengan sebaiknya seperti beribadat kepada-Nya atau menjalankan kegiatan yang berfaedah seperti membaca buku dan meluangkan masa bersama keluarga.
4. Tidak Membazir Wang
Sudah pasti ketika bercinta banyak wang dihabiskan untuk membeli hadiah kepada insan tercinta dan belum lagi belanja ketika ber'dating'. Sekarang anda mempunyai sedikit wang tambahan dan boleh digunakan untuk diri sendiri, keluarga atau bersedekah pada mereka yang memerlukan. Pahala pun dapat.
5. Tak Perlu 'Jaga' Jodoh Orang Lain
Baru-baru ini ada satu kes yang viral dimana, lelaki ini telah men'jaga' tunang orang kerana sangat mencintai gadis tersebut. Habis wang dilabur dan akhirnya gadis tersebut berkahwin dengan lelaki lain. Sangat merugikan masa dan wang dan pada masa itu mungkin ada akan rasa cukup menyesal. Namun, anda harus bangkit dan mulakan hidup yang baru sebagai insan yang lebih baik.
6. Cetus Inspirasi Baru Dalam Hidup
Bila putus cinta, akan terbit satu idea dan inspirasi dalam hidup anda. Satu hari anda akan bangun dari tidur dan ingin mulakan hidup yang baru seperti lebih berwawasan atau meningkatkan kualiti dan fokus kepada kerja. Mana tahu anda akan dapat bonus tahunan yang lebih besar.
7. Belajar Bersyukur
Putus cinta juga akan membuatkan anda dapat belajar sesuatu dari hubungan tersebut. Anda akan lebih bersyukur dengan kehidupan dan banyak hikmah disebalik hubungan yang terputus itu.
8. Pasangan Yang Lebih Baik
Allah sudah pasti ada rancangan yang lebih baik untuk anda. Ya, anda mungkin bersedih dan kecewa, tapi sebenarnya Allah dan siapkan pasangan yang lebih baik untuk anda. Jangan terlalu kecewa dan bersedih.
9. Menguatkan Mental Diri
Setiap ujian dari Allah SWT pasti dapat menguatkan hati dan mental diri kita. Ianya akan membuatkan kita lebih matang dan cekal dalam menghadapi kehidupan yang mendatang.
10. Baiki Hubungan Keluarga Dan Rakan-Rakan
Bila terlalu asyik bercinta, mungkin hubungan rakan-rakan dan keluarga sedikit renggang kerana tiada masa diluangkan bersama mereka. Inilah masanya untuk memperbaiki hubungan tersebut dan betulkan segala silap dan meminta maaf.
Putus cinta tidak seharusnya menjadikan diri kita sebagai negatif, terkurung dalam rumah dan tidak mahu bergaul. Sebaliknya jadikan ia sebagai satu perkara positif kerana banyak hikmah yang anda peroleh disebalik sesuatu perkara yang terjadi.
Bak kata pepatah, cinta tak kan datang kalau tak dicari. Maka carilah cinta yang lebih baik untuk diri anda dan orang sekeliling.
Post a Comment