Jurulatih Tendang Anjing Pasukan Lawan Cetus Kemarahan Netizen Tampil Jelaskan Keadaan Sebenar
Beberapa minggu lepas kita dikejutkan oleh satu video dimana seorang warga Singapura, Terry Yee dirakam sedang memukul anjing.
Tak sampai seminggu lepas kes tersebut, satu lagi video keganasan terhadap binatang tersebut berjaya dirakam. Video tersebut menunjukkan seekor anjing ditendang oleh seorang pelatih anjing di Shah Alam.
Video itu telah dimuat naik oleh Samantha Loh. Pada awalnya, sekumpulan pelatih anjing sedang berdiri dalam satu barisan untuk menguji kepatuhan anjing mereka. Selepas itu arahan diberikan dan pelatih diminta untuk meninggalkan anjing mereka.
"Tendang Untuk Elak Dari Anjing Tercedera"
Semua pelatih ketika itu berjalan ke luar skrin dan meninggalkan anjin mereka dalam kedudukan asal. Namun tiba-tiba, seekor anjing mula mengusik anjing lain dan mula bergaduh.
Salah seorang jurulatih itu masuk ke kawasan pertandingan untuk cuba menghalang anjing-anjing tersebut terus bergaduh.
Jurulatih itu kemudian menendang anjing kepunyaan pihak lawan berkali-kali tanpa mempedulikan orang ramai dan juri yang sedang menonton.
Jurulatih yang dikenali sebagai Lee Kong Hoong, 51 berkata beliau terpaksa bertindak sedemikian kerana menyelamatkan anjingnya dari tercedera.
"Pendera Anjing"
Selepas video tersebut viral, netizen melabelnya sebagai pendera anjing dan beliau tidak bersetuju dengan gelaran tersebut.
“Jika saya seorang pendera anjing, saya tidak akan dapat menyertai pertandingan itu dan mengambil bahagian dalam mana-mana acara sukan anjing. Saya telah terlibat dalam kebajikan haiwan dan melatih anjing lebih daripada 10 tahun".
“Jika seekor anjing didera, pasti dia akan melarikan diri dan pergi jauh dari kawasan itu. Namun anjing itu tetap berdegil dan masih menyerang anjing saya,” jelas Lee lagi.
Lee juga mempersoalkan kenapa pihak lawannya tidak membantu dia menghalang pergaduhan antara anjing mereka berdua. Lee mengatakan bahawa dia mempunyai sebab yang kukuh dan munasabah untuk bertindak sebegitu.
Post a Comment