Header Ads

"Kalau Tak Suka Jangan Tengok Dan Kongsi" - Nizam Rahman Berang Iklan Payudara Besar Dikutuk Netizen





Gara-gara memuat naik sebuah video review iklan produk besarkan payudara, B Confident di akaun Facebook (FB) miliknya baru-baru ini, Nizam Rahman menerima kecaman keras kerana video itu dianggap melampau selain mempersendakan maruah kaum wanita.


"Tolonglah laporkan iklan bodoh ni. Sumpah tak kalakar dan tak menarik langsung," salah satu komen netizen yang mengecam beliau. Susulan kecaman itu, Nizam tampil memberi penjelasan menerusi aplikasi FB video live.

"Jangan Perasan Kau Ustazah"


"Aku peliklah kenapa yang kecam, komen, semua yang pakai tudung labuh, acah-acah ustazah dan ustaz. Kau jangan nak perasan kau ustazah, tak payah perasan kau masuk syurga. 

"Nizam tak kisah kalau orang nak komen, tapi dengan cara baik.

"Masalahnya yang komen atau PM Nizam, 'wei bapok! kau ubah-ubahlah jadi lelaki'. Ya Allah, sampai Nizam hilang rasa hormat pada mereka yang bertudung labuh. Orang yang macam itu yang banyak kutuk Nizam," katanya.

Jelas kelihatan Nizam yang begitu berang dituduh sedemikian rupa. "Sumpah aku geram gila, kurang ajar betul mulut," katanya.

Bercerita mengenai videonya di mana dia dikutuk kerana bergaya seperti seorang wanita, Nizam mempersoalkan kembali bagaimana jika wanita sendiri yang mengiklankan produk berkenaan?

"Buat Itu Salah, Buat Ini Salah"


"Kenapa aku yang lelaki buat macam itu (payudara palsu) pun korang rasa tergugat? Buat itu salah, buat ini salah. Aku dah mengamuk ni," katanya.

Dalam pada itu, Nizam menasihatkan 'haters' supaya menenangkan jiwa dan fikiran dengan menunaikan solat serta mendoakannya. Bukan dengan cara mengutuk "Hei, berubahlah. Tuhan laknat kau menyerupai wanita".

Kata Nizam, mereka bukan Tuhan untuk sesuka hati melaknat sesama manusia. Hanya Tuhan yang berhak melaknat hamba-Nya.

"Anggaplah video itu sebagai bahan jenaka. Kalau kau anggap benda itu (video) kotor, kotorlah jadi nya.

"Nizam buat video untuk menggembirakn orang lain saja. Kalau tak suka, jangan tengok dan kongsi," katanya.

Memang didikan awal bermula daripada ibu bapa. Tetapi jika seseorang itu sudah dewasa dan dianggap melakukan suatu kesalahan, jangan disabitkan ibu bapanya kerana tiada ibu bapa di dunia ini mahukan anaknya melakukan kesalahan. 

Jika ada sesuatu yang mengganggu fikiran atau rasa tidak puas hati, gunalah cara yang elok kerana cara mencerminkan keperibadian kita.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.