Kedai Kasut Popular Di KLCC Cetus Kemarahan Netizen Kerana Iklan Perkauman, Netizen Cadang Tukar Slogan
Satu jenama popular di kalangan rakyat Malaysia sekian lama telah mencetus marah netizen apabila iklan terbaru mereka dikatakan bersifat perkauman. Iklan tersebut dengan slogan “Kasut Untuk Kanak-kanak India” itu dikongsikan oleh seorang netizen yang telah melawat kedai BATA di KLCC baru-baru ini.
Tidak pasti sama ada ada jenis kasut sekolah India untuk pakaian seragam sekolah tertentu yang perlu dipatuhi.
Menurut sumber (Sanjay), dia telah berbual ringkas dengan kakitangan di sana yang bernama Jimmy. Sanjay berkata Jimmy tidak fasih dalam bahasa Inggeris, namun masih cuba menerangkannya.
Dia bertanya kepada lelaki itu mengenai promosi dan Jimmy hanya terus mengulangi “Yang ini untuk India”.
Sanjay rasa seperti kakitangan ini sangat defensif walaupun dia telah bertanya dengan suara yang tenang. Jimmy memberitahu sumber bahawa dia boleh bercakap dengan HQ jika dia ingin tahu lebih lanjut mengenai promosi ini.
Apabila Sanjay meminta berjumpa pengurus kedai, Jimmy mengatakan lagi orangnya tiada.
Bagaimanapun, difahamkan kisah sebenar promosi di sebalik ini yang memetik laman BATA dan sejarah penubuhannya. BATA pertama kali dicipta untuk kanak-kanak di India pada tahun 1936.
“Pada awalnya dicipta untuk kanak-kanak sekolah di India, kasut dengan tapak kaki getah ini menjadi salah satu daripada kasut yang paling laris sepanjang masa – dan masih dijual di seluruh dunia.”
Terjauh tersasar makna promosi BATA. Sepatutnya mempertimbangkan semula slogan kata dan sejarah kasut tersebut.
“Kasut untuk kanak-kanak sekolah India … “di mana ia semua bermula” atau lain-lain seperti itu. - www.kakishare.my
Post a Comment