"Tiada Insan Yang Mendirikan Masjid Ingin Merobohkannya" - Akhirnya Serina Redzuawan Buka Mulut Isu Rumahtangganya
Wanita mana yang bergelar isteri dan ibu mengharapkan rumah tangga yang sudah lama dibina menuju kehancuran. Namun jika itu yang sudah tertulis, apa daya untuk menghalangnya.
Hakikatnya itu yang terpendam dalam hati anak Chef Wan, Serina Redzuawan yang ketika ini sedang berdepan kemelut rumah tangga dengan Gavin Edward O'luanaigh yang dikahwininya sejak Januari 2010.
Selepas lama berdiam diri dan mengunci erat rahsia besar rumah tangganya yang berantakan, ibu kepada Tristan Tareef serta Isabella Saffiya itu berkongsi sedikit cebisan rasa hatinya di laman Instagram. Bermula dengan luahan Chef Wan di laman sama dan jawapan diberikan Gavin sebelum ini, apa yang cuba disembunyikan tidak mampu lagi dilakukan.
"Papa Ada Hak Untuk Bersuara"
Bismilillahnirahmanirahim..Byk sgt news keluar tentang rumahtangga Serina lately, actually i tak berminat nak sensasikan kisah kami, sebab itu Serina hanya berdiam diri, Tidak ada mana mana insan yg mendirikan Masjid ingin merobohkannya, I dah cuba sedaya upaya utk meyelamatkan malangnya byk pekara yg terlalu sensetif i tak boleh cerita menjadi punca i failkan Cerai.
Apa yg u all baca , from IG My dad And apa yg Gavin jawab realiti nya hanya Serina yg tau dan menanggung nya. Papa juga ada hak bersuara kerana dia adalah my father. I Hope tak perlu kita besarkan isu ni lagi..jgn lah lempar minyak pada api yg sedang menyala.
"Doakan Yang Terbaik"
Kalau U all Ikhlas jadi peminat & penyokong family kami tolong lah jgn kita besarkan lagi hal ni,kami dlm kes mahkamah biarkan Court yg decide apa yg terbaik. Memang i sgt sedih..dan down..bila i tengok anak anak when i jemput them balik dari sekolah, i mesti menangis.
Sebab diorang senyum owez to me,they still small they don't know anything and apa yg dah berlaku. I taknak them Trauma nanti bila baca macam macam komen negatif. Doakan semua selesai dengan baik. Terima kasih pd Semua yg menyokong dan Media juga..I minta maaf tak dpt jwb call dan soalan bertubi tubi. Today i kasi kenyataan from my official IG.
Post a Comment