"Orang Bodoh Pun Berhak Popular!" - Video Gadis Makan Pisang Cara Menggoda Cetus Kemarahan Netizen
Sekarang ini sudah menjadi semacam trend dalam media sosial mempromosikan keterbukaan dan karektor. Ini dapat dilihat menerusi pelbagai perkongsian video yang menjadi ikutan buat golongan muda.
Lebih teruk lagi ada yang menggunakan elemen LGBT dan seks keterlaluan dalam mempromosikan barangan jualan ataupun keinginan untuk menjadi popular di media sosial.
Ianya seperti menjaja kebodohan untuk mendapatkan tiket murah menuju populariti. Sensasi media sosial mencetuskan attention disorder. Satu kegilaan untuk menjadi popular dalam apa juga cara. Paling mudah dengan melakukan kehinaan kerana kehinaan dalam media sosial kini ialah jalan sensasi untuk menikmati populariti.
Kita boleh lihat beberapa 'selebriti segera' ini yang menjadi viral gara-gara video yang dimuat naik. Terbaru, video pendek berdurasi 30 saat ini yang menjadi viral di media sosial.
"Makan Pisang"
Ianya melihatkan seorang wanita yang ingin memakan pisang. Namun apa yang menjadi kehinaan ialah apabila video tersebut di "slow motion" ketika gadis tersebut sedang memakan pisang tersebut.
Video tersebut melambangkan kehinaaan dan menerapkan elemen seks setiap lelaki hanya membayangkan perkara tidak senonoh apabila melihat gadis makan pisang. Selain itu objek makanan seperti pisang dijadikan sebagai simbol seks untuk melariskan produk jualan. Fenomena attention disorder ini menjadikan mereka kurang waras dalam mempertimbangkan nilai yang munasabah dalam penampilan perwatakan.
Post a Comment