Header Ads

Lucu! Tunggu Punya Tunggu, Sekali Suami Sendiri 'Request' Uber, Kisah Lucu Wanita Ini Jadi Viral Di Media Sosial




Sering kali kita disajikan dengan cerita dan berita negatif membabitkan perkhidmatan Uber dan Grab. Namun, kali ini ceritanya agak berlainan, malah melucukan sehingga tular di media sosial.

Baru-baru ini, seorang pemandu Uber wanita berkongsi pengalaman lucunya membawa penumpang 'istimewa' di laman mikro Twitter. Apa yang melucukan adalah penumpang yang diambil itu ialah suaminya sendiri!

Menggunakan nama Cik Petir di Twitter, wanita itu berkongsi pengalamannya melayani kerenah suami di laman sosial berkenaan. Menerusi ceritanya, dia menerima tempahan berhampiran kawasan rumahnya dan tanpa disangka-sangka, suaminya sendiri membuat tempahan itu.

"TUNGGU REQUEST"


"Dapat tempahan uber di kawasan rumah aku. Tunggu punya tunggu, sekali suami sendiri. Sibuklah nak ikut aku mana aku nak pegi!" tulisnya.

"REMBAT STARBUCKS MAK!"


Orang ramai yang membaca perkongsian itu tercuit dengan ekspresi wajah suami isteri berkenaan, malah penggunaan bahasa yang santai dan selamba turut menggelikan hati netizen.

"Paling lawak setakat ni. Kakakaka jilake betul reaksi muka emi. Stress ye mak?" komen netizen. Kongsikan pengalaman lucu anda ketika menaiki uber/grab di sini. 


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.