Header Ads

Tidak Dibenarkan Menggunakan Van Mayat Dan Ambulans , Lelaki Ini Nekad Bawa Mayat Isteri Menaiki Motor . Apa Yang Terjadi Selepas Itu Sungguh Tidak Berperikemanusiaan .




PURNIA India: Kerana tidak mampu untuk membayar perkhidmatan ambulans hospital atau menyewa van mayat, seorang lelaki terpaksa bersusah payah untuk membawa pulang mayat isterinya dari sebuah hospital kerajaan di wilayah ini, lapor HindustanTimes.

Menurut laporan itu, isteri kepada lelaki berkenaan Shankar Sah, 60, dari kampung Ranibari di daerah Purnia di negeri Bihar telah meninggal dunia selepas sakit di sebuah hospital kerajaan pada Jumaat lalu.

Namun, pihak hospital telah mengarahkan dia membawa pulang mayat isterinya itu tetapi apabila dia meminta bantuan sebuah kenderaan, mereka hanya memberitahu saya perlu menguruskannya semuanya sendiri.

Dia kemudian telah pergi berjumpa seorang pemandu ambulans di hospital tersebut namun lelaki berkenaan telah meminta bayaran sebanyak Rs2,500 (RM166).

Kerana tidak mampu, maka dia tiada pilihan lain menyebabkan beliau dan anak lelakinya, Pappu terpaksa membawa mayat isterinya itu pulang ke kampung menaiki motosikal untuk upacara pengebumian.

Sah dan Pappu telah meletakkan mayat Susheela Devi, 50, ditengah-tengah di mana Sah terpaksa merangkul isterinya dari belakang untuk elak dari terjatuh dan Pappu pula menunggang motosikal demi membawa mayat ibunya pulang ke kampung untuk diuruskan.

Kedua-dua anak beranak ini bekerja sebagai buruh di daerah Punjab, apabila mereka mendapat berita yang Susheela sakit dan dikejarkan ke hospital, mereka berdua telah bergegas pulang, namun apabila sampai Susheela telah pun meninggal dunia.

Menurut seorang pakar bedah dari hospital Sadar, M M Wasim berkata, hospital berkenaan tidak mempunyai van mayat yang boleh digunakan ketika itu kerana rosak, jadi semua waris yang ahli keluarga meninggal mereka perlu menguruskannya sendiri.

Majistret daerah Pankaj Kumar Pal berkata, beliau telah mengarahkan satu siasatan dilakukan berikutan kejadian malang itu.

“Satu jawatankuasa dua anggota yang terdiri daripada majistret tambahan daerah (ADM) dan pakar bedah awam telah ditubuhkan untuk menyiasat kejadian ini, jawatankuasa itu telah diminta untuk mengemukakan laporannya dalam masa dua hari “katanya.

insiden yang berlaku di Purnia ini berlaku hanya selepas sehari tersebarnya sebuah berita mayat seorang wanita miskin dibawa menggunakan tong sampah beroda dari Medical College Hospital Sri Krishna di Muzaffarpur ke rumah mereka selepas selesai bedah siasat.

Mayat wanita berkenaan dikatakan terpaksa disorong sejauh 500 meter sebelum mereka menahan beca untuk pulang selepas dan mendakwa mereka dinafikan hak untuk menggunakan perkhidmatan ambulans di hospital.

Selain itu pada Ogos 2016 lalu, seorang lelaki dari Odisha, Dana Manjhi juga dikatakan haknya dinafikan menggunakan kenderaan hospital menyebabkan dia terpaksa memikul mayat isterinya di atas bahu pulang ke kampung untuk upacara terakhir. – Siakapkeli.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.