Pencinta Haiwan Cabar Terry Yee Yang Memukul Anjing Untuk Bersemuka, Netizen Terkejut Dan Terhibur
Beberapa minggu yang lepas satu video berjaya merakam perbuatan seorang lelaki yang memukul seekor anjing di Bandar Kinrara Puchong. Lelaki warga Singapura itu kemudiannya mendapat kecaman dari netizen dan pencinta haiwan setelah video tersebut menjadi viral sehingga mendapat perhatian dunia.
Malang bertimpa buat lelaki tersebut yang dikenali sebagai Terry Yee, apabila sebuah syarikat dari Amerika Syarikat yang menjalin kerjasama bersama syarikat milik Terry Yee membuat keputusan untuk menarik diri selepas video tersebut menjadi viral.
Orang ramai juga turut dilihat berpiket supaya pihak berkuasa mengenakan tindakan terhadap Terry. Terbaru seorang aktivis haiwan terkenal juga telah dilihat mencabar Terry untuk bersemuka dengannya.
Shahrul Nizam Ab Rahim atau lebih dikenali sebagai Abang Kucing adalah seorang aktivis haiwan yang aktif dan juga bertindak sebagai presiden Pertubuhan Pasukan Tindakan Haiwan (AAT). Beliau dan pasukannya selalu berjuang mengenai hak haiwan dan melindungi haiwan-haiwan dari teraniaya.
Dalam satu video yang dimuat naik oleh Abang Kucing, beliau kelihatan sedang memegang seekor anjing yang bernama Bobby bersama pasukannya memberi amaran kepada Terry. Dalam video berdurasi 18 saat itu, lelaki berbaju hitam turut memanggil Terry sebagai 'bodoh' dan 'anjing' dan mencabar Terry untuk berjumpa dengan mereka.
Mereka mengecam tindakan Terry yang memukul anjing tanpa belas kasihan mencabar untuk memukul anjing yang sedang dipegang oleh Shahrul Nizam itu. Video tersebut telah ditonton hampir 1.7 juta kali dengan reaksi berbeza netizen. Ada yang menyokong dan tak kurang juga mempertikai kenapa Shahrul Nizam memegang anjing dalam video tersebut.
Post a Comment