Header Ads

"Saya Dah Buang Kucing Yang Mati Tu Dalam Tong Sampah" - Pemilik Kucing Kecewa Dengan Owner Pet Shop, Netizen Turut Kecam Pet Shop




Bagi setiap pemilik haiwan peliharaan terutamanya kucing sudah pasti akan menghadapi dilema untuk meninggalkan haiwan peliharaan ketika hendak bercuti atau pulang ke kampung. Tak ramai yang sudi untuk menjaga termasuklah saudara atau sahabat handai. Oleh kerana tiada pilihan, pemilik kucing terpaksa menghantar kucing kesayangan mereka ke "hotel kucing" yang disediakan oleh banyak pengusaha kedai binatang peliharaan. 

Namun, apa yang menjadi kebimbangan pemilik kucing ini ialah bagaimana penyedia perkhidmatan "hotel kucing" ini menjaga haiwan peliharaan mereka. Manakan tidak banyak kes terjadi dimana apabila kucing ini dihantar dan apabila di ambil semula ada yang sakit dan ada yang mati secara tiba-tiba. 

Itulah yang terjadi kepada Abel Cix dan isterinya yang berkongsi kisah pengalaman menghantar kucing kesayangan mereka ke sebuah "hotel kucing" ini. Niat supaya kucing mereka dijaga dengan sebaik mungkin berakhir dengan tangisan apabila kucing tersebut secara tiba-tiba mati. 

harini, genap setahun umur Bulus. mungkin silap ak tak selidik habis2 pasal petshop yg ak nk ltk kn Bulus & Baby mase ak nk ke Thailand dgn niat, tgl kn kt petshop tu, ade yg jaga, ade yg tgk kn. tp tak..

09/04/17 2.00pm nk grk ke Thailand. & 09/04/17 11.40am ak hantar Bulus & Baby ke petshop utk service "Hotel Kucing" dan mcm yg dijanjikan ak akan ambil semula pd 17/04/17. mase nk hantar, dah pesan pd staff yg ak akn ke Thailand dan apa2 terjadi bole refer ak kt wassap. so lps die check si Bulus & Baby, semua ok & sihat bru la diterima masuk kt situ then ak pn gerak dr situ. sayu ak tgk muka si Bulus nk kne tgl. Baby mcm biasalah, mulut die saje yg bising.


14/4/17 1.00pm grk balik dr Thailand ke Malaysia & 15/4/17 2.15pm ak br smpi Malaysia. smpi ke tarikh ni, masih takde terima apa2 berita dari petshop. so ak anggap Bulus & Baby tak meragam la kt situ. so ak decide 16/4/17 nk collect Bulus & Baby dkt petshop memandangkan bdn rasa letih & penat sbb berkonvoi dr Thailand ke Malaysia.

16/4/2017 11.30am ak dtg petshop dgn semangat rinduuuu kan si Bulus & Baby nk dtg amik bwk balikk. tbe2, ak smpi kt kaunter, ak tnjuk resit nk collect deorg, staff petshop tu (lelaki) dgn takde reaksi bersalah ke tkt ke, die pn ckp:

"Kak, nk bgtau eh. kucing ak yg sekor tu mati"

"mati? yg mana?"

"yg beso tu"

ak rse nk mnjerit pn ade. melaung pn ade (yg bela & hidup dgn kucing je tau perasaan ni) sbb apa? sbb cara die bgtau tu mcm ak ni kayu. mcm ak xde perasaan. weh, sensitif la sikit jd org. wlpn kucing yg mati, tp ak ni yg bela die mcm ank ak sdri. last2 kau bgtau "kak kucing akk da mati" perghhhhhhhhhh!

"bila die mati?" ak tye. control lg air mata ni. husband xtau lg ni. sbb die tgu dlm kete. "die mati 11/4/17. kami cuba call akk, mesej akk tp akk xbalas" nk tekeluo jgk bijik mata ni "apsal tak wasap? kan da pesan ape2 wasap. sy takde kt Malaysia" die dgn slumber pn jwp, "terlepas pandang kak. customer ramai" nk teburai isi perut ak dgo alasan die. eh mmg bodo siaaa.. 


"kucing akak ni mati sbb sawan" WHAT THE HELLLL laaa~ ak bela dkt setahun, ni bru tgl tmpt kau 3hari kau dah kate sawan? petshop ni dpt cert kt mne pn ak xtau ah amik staff mcm ni. confident level 200% la sia. "klo akak nk tau kucing akak tanam dkt mna, boleh refer bos"

harini, 17/4/17 2.25pm bos petshop tu call ak selepas ak mntk no die dkt staff die tu. dgn angkuh nye die ckp, "sy owner petshop tu. ade ape eh cr sy?" ak pn ckp la "sy owner kucing yg mati tu ..." ak tak habis ckp lg die da smbung "ohhhh kucing yg mati tuuuu.. sy da buanggg" klo kau jd ak sbgi tuan kucing, kau rse ape bila org yg xbrtggungjawap ckp cmni???? "buangggg? buang dkt mne?" 

die dgn belagak nauzubillah pn ckp "dlm tong sampahhhh" ak mmg da xbole nk ckp. so ak pass kn fon call tu pd husband. masih si boss petshop tu bangga kn bisnes die da 10tahun.. klo bisnes 10tahun, tp cara communicate dgn customer mcm lyn sampah. kau silappp brader..


niat ak mula2 g kdi kau, nk tlg maju kn bisnes melayu. tp tersilap melayu pulak nk tlg. ak redha BULUS mati. tp ak terkilan cara staff n kau sbgi owner petshop lyn customer. kalau betul Bulus kena sawan ngam2 pulak ak antar kt petshop kau, ak xkisah. smpi ke harini, ak masihh tgu lg klo ade cerita lain disebalik sawan ni. tp takde.

tgk la video, nilai la sdri. kucing yg hidup nye selama setahun ni sihat walafiat, takde sakit, takde sawan, takde ape2, tp br ltk 3hari kt situ, terus mati mcm ni..

*Baby ok ni. selamat. cuma selsema sikit. kalau ak ade salah, tlg btl kan. bkn nk aib kan, tp pkir la sikit kebajikan customer. takde customer, xbertahan mane pn bisnes 10tahun kau tu. jgn pk nk untung je..


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.