"Tolong Hentikan Sebar Cerita Palsu Kerana Ianya Hanya Tambahkan Tekanan" - Bapa Saudara Tampil Jelaskan Keadaan Sebenar
Baru-baru ini tersebar sekeping gambar kanak-kanak yang dikatakan dibiarkan oleh ibu bapanya. Kisah kanak-kanak tersebut mendapat simpati dari netizen dan tidak kurang juga mengecam tindakan ibu bapa tersebut.
Namun tampil bapa saudara kepada kanak-kanak itu, Jarol Magindo menjelaskan perkara sebenar.
Terlebih dahulu saya bagi pihak keluarga EN. JULIDI MAGINDO mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang amat prihatin dengan situasi yang mereka hadapi sekarang ini sehingga berniat untuk memberikan sumbangan ikhlas bagi meringankan bebanan mereka ini.
Secara peribadi, menjaga anak yang terlantar di hospital selama 1 tahun lebih dan sekarang ini masih berterusan bukanlah sesuatu perkara yang mudah apatah lagi apabila tersepit dalam masalah kewangan dan kos sara hidup yang kian meningkat.
*SEDIKIT PERKONGSIAN MENGENAI ANAK KEMBAR HERMY & HEMRY SERTA KELUARGANYA*
Anak kembar ini telah dilahirkan pada *04 SEPTEMBER 2015* bertempat di Hospital Likas Kota Kinabalu. *HERMY* kurang bernasib baik berbanding kembarnya HEMRY. Setelah dilahirkan, Doktor mengesahkan bahawa tiada saluran usus menuju ke perut. Ini menyebabkan HERMY mempunyai kesukaran untuk menyusu. Doktor telah menjelaskan bahawa bahagian perut HERMY akan dibedah untuk membuat satu saluran bagi memudahkan makanan akan terus masuk ke bahagian perut HERMY.
Sehingga kini, saluran tersebut memainkan peranan penting bagi menyalurkan bekalan makanan ke bahagian perut HERMY. Doktor juga akan membedah satu lagi bahagian bagi menyambungkan saluran trakea ke perut hermy agar makanan boleh disalurkan kelak dari bahagian mulut tapi dengan syarat setelah hermy mencapai berat yang ditetapkan iaitu 2KG.
Untuk mencapai berat tersebut, ia bukanlah sesuatu yang mudah dan singkat seperti yang mungkin kita fikirkan. Ianya mengambil jangka waktu yang panjang. Apatah lagi, hanya susu sahaja bekalan makanan yang dapat diberikan kepada HERMY.
*JULIDI* adalah bapa kepada HERMY dan kembarnya HEMRY serta anak sulung yang bersekolah di SK. Tandek. Beliau bekerja sebagai tukang kebun di SMK. TANDEK pada awalnya. Beliau selalu tidak dapat hadir bekerja kerana menjaga anaknya di Hospital Likas. Teguran demi teguran terpaksa diterima seakan-akan dia ponteng dengan sengaja. Lalu, beliau terpaksa berhenti kerja.
"AMBIL IKHTIAR CARI KERJA BERHAMPIRAN HOSPITAL LIKAS"
Beliau mengambil ikhtiar untuk mencari kerja yang berhampiran di Hospital Likas dengan penuh harapan, sentiasa dapat melawat dan menjaga anaknya yang terlantar di Hospital. Tetapi semua perancangan tidak seperti yang dinginkan yang akan berlaku, tidak semanis seperti yang kita harapkan.
Beliau bekerja sambilan di sebuah “car wash” berhampiran. Siang dia kerja, malamnya pula dia akan menjaga anaknya. Setelah beberapa lama, pihak hospital telah menasihatkan agar beliau harus memberi perhatian dan menjaga anaknya pada setiap masa.
Akhirnya dia akur, waktu siang dia sekali sekala datang melawat anaknya. Perkara tersebut menimbulkan perasaan kurang baik dari majikannya dan banyak gajinya yang telah dipotong. Akhirnya dia berhenti kerja lagi.
Hari demi hari berlalu. Masalah demi masalah terus timbul, cabaran demi cabaran terpaksa dihadapi. Dengan bebanan masalah kewangan yang kian menghimpit mereka, membuatkan hidup mereka semakin tertekan. Walaupun ahli keluarga terdekat seringkali menghulurkan bantuan, namun itu tidak mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan mereka.
Anak dan isteri yang baru bersalin yang kini berada di kampung juga memerlukan perbelanjaan setiap hari. Menyekolahkan anak sulung mereka lagi satu hal yang lain. Semuanya memerlukan kos. Beberapa bulan kemudian, setelah HEMRY dibedah untuk menyambungkan saluran bahagian trakea ke perut, dia pun boleh pulang ke rumah. Mereka akan hadir temujanji ke Hospital Likas setiap minggu dalam tempoh beberapa bulan.
Cuba anda bayangkan, cabaran yang mereka hadapi. Kos perbelanjaan setiap minggu, sedangkan JULIDI hanya kerja kampung sahaja sekarang. Kalaupun beliau ini mungkin kakitangan awam sekalipun,bergaji besar contohnya, pasti masalah kewangan turut dihadapi kerana kos perbelanjaan yang tinggi.
Itu belum lagi termasuk bayaran bil air, bil elektrik, bil astro, keperluan dapur, bayaran ansuran Motor yang tertunggak beberapa bulan kerana tiada pendapatan yang tetap seterusnya bagi menampung setiap kos perbelanjaan mereka sekeluarga.
Dipendekkan cerita, HEMRY terkena sawan akibat demam panas yang sangat kuat. Setelah dihantar ke hospital semula, Doktor telah mengesahkan bahawa terdapat jangkitan kuman di bahagian otak HEMRY menyebabkan bahagian otaknya berair dan perlu dibedah.
Paru-parunya juga ada masalah, dijangkiti “tuberculosis” iaitu sejenis kuman yang biasa kita panggil sebagai TB. Situasi ini sekali lagi menguji ketabahan mereka sekeluarga. Akhirnya sekali lagi HERMY ditahan di Hospital Likas. Cerita ini terlalu panjang,ini hanya seperempat daripada keseluruhan ceritanya dan ada juga bahagian yang terlalu sulit untuk dikemukakan melainkan anda sendiri yang berjumpa dengan ibu bapa HEMRY bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
*Hampir 1 tahun lebih*, satu liku kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan. Itu bukanlah sesuatu yang mudah. Minggu lepas, ketika JULIDI balik dari Hospital Likas, beliau excident semasa menaiki motor, beliau menghadapi kecederaan ringan di bahagian badan.
"CERITA PALSU KONON ANAK DIBIARKAN"
*PALING MENYEDIHKAN*, satu berita telah tersebar melalui media sosial seperti facebook dan whatsapp yang mengatakan bahawa Hemry dibiarkan di hospital, ibubapanya tidak memperdulikannya dan sebagainya. Bagi pihak keluarga JULIDI, saya beranggapan bahawa tuduhan tersebut amat tidak bertanggungjawab dan benar-benar mengaibkan keluarga ini.
Hal ini mereka tidak ketahui kerana tidak mempunyai akaun facebook, hanya whatsapp sahaja tetapi kurang aktif. Saya selaku adik beliau yang menerima berita ini telah menghubungi mereka dan memaklumkan perkara tersebut. Kini, mereka semakin tertekan dan mengalami ganguan emosi. Sekali lagi, saya memohon dan merayu agar berita fitnah ini tidak lagi disebarkan tanpa usul periksa.
*“Hanya orang yang pernah hidup susah sahaja yang akan memahami situasi yang mereka hadapi ketika ini”*.Siapakah orang tua yang sanggup mencederakan anak sendiri? Kalaupun mungkin ada,tetapi Keluarga kami tidak tergolong dalam golongan itu. Persoalan lain akan dijawab setelah laporan polis dibuat pada keesokan hari.
Akhir sekali, saya bagi pihak keluarga JULIDI merayu agar lebih ramai lagi pihak yang akan tampil bagi menghulurkan sumbangan ikhlas bagi meringankan bebanan yang mereka hadapi ketika ini. Berikut merupakan maklumat akaun mereka seandainya ada pihak yang bersimpati dan ikhlas untuk menghulurkan sedikit bantuan;
*JULIDI MAGINDO*
0148602561
NO. AKAUN BSN; *1211841000028985*
Sekian dan terima kasih.
Post a Comment