Header Ads

10,000 Arak Dan Sejumlah Dadah Dimusnahkan Oleh Polis Sempena Bulan Ramadan




Sempena bulan Ramadan polis di Indonesia menggunakan penggelek jalan untuk memusnahkan ribuan botol arak dan membakar sejumlah dadah yang dirampas.

Ini sebenarnya telah menjadi perkara biasa bagi pihak polis setiap kali kedatangan bulan Ramadhan. 

Hampir 10,000 botol arak yang telah dirampas sepanjang beberapa bulan lalu dimusnahkan di hadapan orang ramai di perkarangan sebuah balai polis di Surabaya. 

Polis juga turut memusnahkan dadah termasuk pil ecstasy dan 17 kilogram dadah jenis methamphetamine. 

Selain di Surabaya, operasi yang sama turut dilakukan di beberapa wilayah Indonesia termasuk Jakarta. - www.kakishare.my



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.