Header Ads

Padah Senjata Buatan Sendiri, Bapa Tertembak Anak Sendiri




Padah senjata buatan sendiri, seorang kanak-kanak lelaki parah terkena tembakan yang dilepaskan oleh ayahnya di Kota Marudu, Sabah. 

Frendly Jukiring yang berusia 4 tahun parah di bahagian dada, bahu dan pipi dan kini menerima rawata di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah. 

Superintendan Izaan Abdullah berkata, hasil siasatan awal mendapati senjata buatan sendiri jenis bakakuk terlepas tembakan oleh bapa mangsa dan terkena anaknya itu yang sedang bermain di halaman rumah. 

Berikutan itu, ibu kanak-kanak terbabit segera membawa anaknya (mangsa) ke Hospital Kota Marudu sebelum dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE 2) untuk rawatan lanjut.

"Pada 9.30 malam tadi, suspek (bapa mangsa) ditahan polis di rumahnya namun senjata yang digunakan tidak ditemui," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, suspek berusia 40-an kini ditahan dan polis masih meneruskan siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960," katanya. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.