Header Ads

Akhbar The Star Cetuskan Kemarahan Umat Islam





Terlalu awal menjatuhkan spesikulasi salah terhadap mereka , Akhbar harian berbahasa Inggeris milik Persatuan Cina Malaysia (MCA), The Star menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini apabila menyiarkan muka depan yang sangat tidak menjaga sensetiviti perkauman  di hari pertama bulan Ramadan tahun 2017 .


Tindakan akhbar itu dilihat sengaja menaikkan kemarahan umat Islam apabila meletakkan gambar jemaah dalam masjid sedang bersujud menunaikan solat di bawah tajuk besar "Malaysian terorist leader (Orang Malaysia ketua pengganas)".


 Dalam banyak lagi gambar-gambar lain boleh diletakkan di muka depan Akhbar The Star dengan tajuk tersebut, namun The Star sengaja memilih gambar umat Islam sedang bersolat untuk dikaitkan dengan laporan berita berkaitan keganasan.

Jika tidak diperhatikan dengan teliti, tentu sekali anda akan menyangka bahawa gambar jemaah masjid sedang sujud melakukan solat itulah yang dirujuk sebagai Orang Malaysia ketua pengganas.


Perkara yang sangat sensitif seperti ini pun berani dimainkan oleh akhbar milik parti komponen Barisan Nasional MCA dalam negara berbilang kaum yang majoritinya adalah orang-orang Melayu Islam.

The Star wajib memohon maaf kepada umat Islam atas laporan berita sangat biadap dan disifatkan sebagai tidak sensitif itu.

Sumber: Milo Suam


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.