Header Ads

Akibat Nak Wang Mudah Sanggup Tipu Imam Masjid Dengan Cerita Sedih




Dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi sudah pasti bagi sesetengah orang akan terkesan dengan keadaan ini. Ada yang terpaksa membuat dua pekerjaan dan mengorbankan masa bersama keluarga demi menampung kehidupan. 

Namun, ada juga yang menipu untuk mendapatkan wang secara mudah. Disebabkan rakyat Malaysia ini memang sangat pemurah hati maka sesetengah individu mengambil kesempatan di atas kebaikkan orang lain. 

Seorang lelaki yang berusia 50 tahun akhirnya berjaya ditahan oleh penduduk kampung kerana cubaan menipu siak Masjid Pondok Upeh. Sebelum itu, lelaki berkenaan telah dikesan banyak kali menggunakan helah dan menjaja cerita yang sama kononnya ada ahli saudara yang meninggal dunia dengan menipu beberapa imam masjid sekitar Balik Pulau. 

Perbuatan menipu lelaki tersebut yang kerap dilakukan telah menjadi buah mulut di kalangan penduduk sekitar daerah itu sehingga gambarnya tersebar di media sosial. 

Lelaki tersebut ditahan penduduk kampung selepas mereka menyedari lelaki itu datang ke rumah siak dan cuba meminta wang. Namun, suspek cuba melarikan diri sebelum dikejar dan ditahan bersembunyi di sebuah kedai kasut berhampiran sebelum dibawa ke balai polis. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.