Header Ads

Anjing Ikut Bersenam Gaya Basikal Tarik Perhatian Netizen




Ketika amalan bergaya hidup sihat melalui senaman menjadi semakin popular di kalangan sesuatu masyarakat, pada masa yang sama tanpa disedari tapi melucukan idea itu membuatkan ada haiwan yang terikut-ikut.

Memetik laporan Huffington Post, sebuah video menjadi tular di laman media sosial mengenai seekor anjing baka 'golden retriever' yang turut mengikut bersenam.


Di dalam video berdurasi 59 saat tersebut, anjing yang diberi nama Riptide itu kelihatan mengikut senaman gaya basikal 'crunches whirl' dengan gaya yang amat comel sekali.

Video tersebut dimuat naik di laman Instagram Stanford Women's Crew team dan setakat ini telah ditonton lebih 16,000 tontonan.

Rata-rata netizen memberikan komen betapa comelnya gaya yang ditiru anjing tersebut serta memujinya kerana turut sama bersenam. - www.kakishare.my



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.