Header Ads

'Bukan Saya Kira, Mesin Yang Kira' - Wanita Terkejut Harga Petai Sampai RM400




Mak aih, mahal betul petai ni! Sampai RM400 harga dia. Anda pernah makan atau jumpa petai semahal ini tak?

Mesti terkejut kan? Begitulah apa yang dirasakan seorang wanita bernama Anyss apabila mendapati jumlah keseluruhan perbelanjaannya mencecah sehingga RM800! Memang terperanjat beruklah orang tu.

Menerusi perkongsiannya di akaun Facebook Anyss Mohd Auranyss, dia mendakwa dikenakan bayaran sebanyak RM808.60 oleh sebuah pasar raya sedangkan kuantiti barangan tak seberapa di dalam trolinya.

"Pertama kali membeli-belah di pasar raya G****, barang tak sampai satu troli bernilai RM808.60. Tercengang mak oi!" tulisnya.

Tilik punya tilik, rupa-rupanya ada satu barang yang harganya tak masuk dek akal. Harga RM400.36 bagi sepapan petai telah dicetak pada resitnya. Masalahnya, Anyss tak membeli sebarang petai. Macam mana tu?

Meskipun berlaku kesilapan di situ, juruwang bagaimanapun bersikap 'kerek' pula. Memang bertambah naik angin la puan Anyss.

"BUKAN SAYA KIRA KAK. MESIN KIRA," katanya.

Selepas mengadu perkara berkenaan di kaunter khidmat pelanggan dan menyemak resit bayaran itu, ternyata berlaku kesilapan. Dalam masa sama, Anyss turut memberi peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hati dan membuat semakan resit bayaran sebelum meninggalkan pasar raya.

Ramai juga netizen yang berkongsi pengalaman sama selepas membaca luahan hati wanita terbabit.

"G***t memang dari dulu macam ni.

"Hari tu beli ayam mentah, harganya tak sampai RM10 tapi kat resit dicetak RM500. Dah la bayar guna kad kredit," antara komen netizen.

Jadi, berhati-hatilah semua ya. Semak dahulu resit pembayaran dan pastikan harga dan barangan yang tertera sama dengan apa yang anda beli. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.