Header Ads

Digelar KAYU PALING POPULAR , Ini Respon Fattah Amin






Trending sejak lakonan drama Suri Hati Mr.Pilot gandingan Neelofa , nama Fattah Amin kini meniti bibir peminat apatah lagi dikaitkan gosip-gosip panas hubungannya dengan Neelofa . #Loffatah

Kini Fatah Amin bergadingan dengan Fazura dalam Hero Seorang Cinderella yang sedang bersiaran di Astro Ria .

Sekiranya anda melakukan pencarian “kayu paling popular” di Google, sudah pasti anda akan terkejut apabila gambar pelakon kacak Fattah Amin yang keluar sebagai hasil pencarian. Ini semua gara-gara ucapan “kayu pun boleh popular” pelakon Hero Seorang Cinderella itu ketika memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH3.0  baru-baru ini.


viral “kayu paling popular” ini sangat kelakar. Dan ternyata Fattah Amin pun merasakan perkara yang sama. Kata Fattah Amin:-

Saya ada cakap kayu pun boleh popular ketika menerima trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) baru-baru ini. Agaknya ada penonton salah faham dan menjadikan perkara itu serius. Saya langsung tidak berasa terkilan malah tergelak besar apabila pencarian itu menjadi tular di media sosial.
Tak semua benda kita perlu pandang serius. Mana yang boleh gelak, kita gelak bersama. Kalau benda tak penting seperti “kayu paling popular” ini pun sampai stress memikirkannya, baiklah tak payah jadi artis. Respek kepada Fattah Amin yang go with the flow.  Bangga dengan perjalanan karier Fattah dan ketelitiannya mencipta populariti. Semoga terus berjaya di masa akan datang .


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.