Header Ads

Hebat! Dalam Dua Hari Netizen Kumpul Hampir RM12 Ribu Belikan Cikgu Motor Baru




Hanya dalam masa dua hari, sumbangan sejumlah RM11,956 berjaya dikumpul untuk seorang guru, Ahmad Saidin Mohd Idris 40 daripada orang ramai.

Ia merupakan inisiatif masyarakat yang tersentuh dengan kisah seorang guru yang terpaksa menunggang motosikal sejauh 135 km sehari ke sekolah. Derma tersebut dibuat agar guru itu dapat menukar motosikal kapsainya kepada scrambler baru yang dianggangar berharga RM10,000.

“Saya terkejut dan terharu dengan setiap insan yang memberikan sumbangan itu,” katanya kepada Malay Mail Online.

Kisah guru sains itu baru-baru ini dipaparkan bagaimana dia terpaksa berulang-alik dari Kuala Medang, Lipis melalui jalan berlumpur dan berbukit demi tugas mendidik anak-anak orang Asli di SK Lenjang. 

Bagaimanapun dia berkata mahu menggunakan setiap sen derma itu untuk anak-anak muridnya di SK Lenjang - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.