Header Ads

Ini Baru Hukuman Dunia! Pasangan Sejenis Disebat Depan Orang Ramai Di Aceh




Ini baru hukuman di dunia! Padah buat dua lelaki yang bersalah melakukan hubungan seks sejenis dihukum sebat di hadapan khalayak ramai di sebuah masjid di Banda Aceh semalam. 

Pasangan sejenis itu dijatuhi hukuman sebat sebanyak 83 kali selepas bersalah melanggar undang-undang syariah wilayah Aceh. Lelaki masing-masing berumur 20 dan 23 tahun disebat di atas pentas di luar sebuah masjid di hadapan ratusan penduduk. Namun identiti mereka tidak didedahkan dan mereka dilihat memakai jubah putih serta menundukkan kepala ketika disebat oleh petugas yang menutup muka. 

Turut disebat juga 8 pesalah lelaki dan wanita kerana pelbagai kesalahan syariah seperti berkhalwat, berjudi dan minum arak. Anggota Majlis Ulama Aceh Abdul Gani Isa memberitahu penduduk hukuman tersebut sebagai pengajaran kepada orang ramai. 

“Hukuman dalam undang-undang syariah dilakukan untuk memberi pengajaran dan tidak mencabuli hak asasi manusia,” katanya.

Kedua-dua lelaki itu ditangkap penduduk sebuah kampung di Aceh ketika melakukan hubungan seks sejenis di sebuah rumah sewa. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.